Family day atau hari keluarga adalah program yang diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk kerjasama dalam kalangan pekerja.

Penganjuran family day dengan pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan sekaligus menjadi penantian bagi setiap staf yang bekerja di sesebuah organisasi.

Program yang diadakan pada setiap tahun untuk menghargai pekerja ini juga dapat mengurangkan tekanan atau memberi rehat kepada golongan ini setelah penat berhempas pulas memberikan yang terbaik kepada syarikat.

Begitupun ketahui lima manfaat sebenar family day diadakan untuk semua pekerja :

  1. Menghargai para pekerja. Family day juga dikatakan satu acara untuk pihak organisasi atau majikan menghargai pekerja dengan melakukan aktiviti bersama mereka.
  2. Mengeratkan hubungan antara majikan dengan staf, dan staf semasa staf. Pengisian family day ini juga sebenarnya membantu membina silaturrahim antara satu sama lain contohnya menganjurkan aktiviti memasak, team building dan sebagainya.
  3. Mengembalikan motivasi pekerja. Pekerja boleh mengambil peluang menghilangkan tekanan dengan melakukan aktiviti santai ketika family day, dan sedikit sebanyak mereka dapat melupakan masalah-masalah di tempat kerja. Mereka akan datang bekerja pada hari berikutnya dengan lebih gembira serta semangat baharu.
  4. Meningkatkan produktiviti pekerja. Pekerja yang menyertai family day juga akan lebih bersemangat untuk menjalankan tugasan selepas pulang daripada aktiviti menyeronokkan bersama rakan-rakan serta majikan.
  5. Meningkatkan rasa hormat kepada ketua. Hubungan mesra yang terbentuk ketika melakukan aktiviti yang diadakan akan membuang rasa prasangka terhadap majikan serta sesama kakitangan.

Kebanyakan family day diisi dengan aktiviti santai seperti BBQ, sukaneka dan sebagainya. Namun ada juga yang mahukan family day dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti lasak dan menyeronokkan.

Taman Negara antara lokasi yang menyediakan kemudahan untuk mengadakan family day mengikut keselesaan peserta.

Peserta yang menjadikan Taman Negara sebagai lokasi untuk beraktiviti boleh menikmati keindahan alam semula jadi dan melakukan aktiviti lasak yang disediakan untuk pengunjung di situ.

Malah, servis jurulatih berpengalaman dalam aktiviti team building, jungle trekking atau kem jati diri juga disediakan untuk mengisi hari keluarga anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top
What Our Clients Say
120 reviews