Artical, Kem Latihan & Rekreasi, National Park ( Taman Negara Kuala Tahan )

Bercuti ke Taman Negara Malaysia

Taman-Negara-Pahang-1

Cuti persekolahan penggal 1 kian tiba.
Anda mencari-cari destinasi terbaik untuk bercuti bersama keluarga?
Fokus aktiviti ‘active and experiential learning’?
Inginkan sesuatu yang baru di luar kotak?
Inginkan pengalaman yang lebih thrill dan mencabar?

Apa kata anda berkunjung ke Taman Negara Malaysia? Tentunya bercuti bersama keluarga di taman negara merupakan pengalaman baru dan tidak akan dilupakan, khususnya bagi anak-anak.

Taman Negara Malaysia ini terletak di Kuala Tahan, Pahang. Ia menganjur sehingga ke negeri Kelantan dan Terengganu yang melewati 3 negeri di pantai timur. Terdapat empat pintu masuk utama. Antaranya adalah melalui pekan Kuala Tahan dari Sungai Tembeling. Akses lainnya juga adalah melalui pekan Jerantut, Sungai Relau melalui pekan Merapoh dan juga pekan Gua Musang dari Kelantan.

Tahukah anda?

Taman Negara Malaysia ini juga dikenali sebagai Taman Negara Pahang. Ia merupakan satu-satunya taman negara yang berada di semenanjung Malaysia. Empat yang lain adalah di Sabah dan Sarawak yang fokusnya lebih kepada taman laut, taman kinabalu dan pemeliharaan gua-gua di Sarawak. Ekslusifnya Taman Negara Pahang ini adalah menjaga ekosistem pergunungan Gunung Tahan dan sekitarnya.

Aktiviti menarik di Taman Negara Malaysia

Mungkin anda tertanya-tanya apa yang menarik di sini. Ini adalah 4 perkara menarik yang anda boleh rasainya sendiri bersama anak-anak sempena cuti sekolah ini.

  • Bermesra bersama ikan kelah besar di Kelah Sanctuary
  • Mandikan gajah comel di Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah
  • Jambatan gantung ‘canopy walk’
  • Mandi-manda dan memancing ikan di Lata Berkoh
Sejuk air di Lata Berkoh pasti menyeronokkan lagi-lagi bersama keluarga

Mahu tahu lebih lanjut dan tengok gambar awesome yang menarik?

Pastinya…

Program bercuti bersama keluarga anda pada kali ini membawakan suatu kelainan. Pendekatan ke alam hijau akan membawa lebih kenal dan memupuk suka dan cinta akan alam sekitar. Pastinya, aktiviti sebegini lebih ‘engaging’ bersama alam. Membantu merangsang fine motor anak-anak, lebih peka dan aktif dari hanya duduk di rumah menghadap TV dan game maya.

Hubungi kami segera seperti di bawah. Jumpa anda di Taman Negara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *