Artical

Gajah di Kuala Gandah

GAJAH DI KUALA GANDAH 

Untuk mengenali gajah di Kuala Gandah, kita kenali dulu asal gajah. Gajah moden (Gajah Afrika Dan Asia) sebenarnya tidak berevolusi daripada gajah mamot. Haiwan ini dianggap sebagai tiga spesis yang berbeza tetapi sama keturunan.

Mamot, gajah Asia dan gajah Afrika berasal daripada keluarga “Elephantidae” yang bermaksud “keluarga gajah”. Mamot boleh diumpamakan seperti gergasi yang mencapai ketinggian 4.8m pada bahu mereka berbanding gajah Asia yang berketinggian antara 2.4m hingga 3m sahaja seperti yang kita lihat di pusat konservasi ini.

Sungguhpun mamot telah pupus, kita masih boleh memerhati dan belajar mengenai mereka melalui fosil yang ditemui di serata dunia. Apakah punca kepupusan mamot? Ia berlaku akibat perubahan cuaca secara mendadak yang telah mengurangkan bekalan makanan haiwan ini dan juga aktiviti pemburuan melampau yang dilakukan oleh manusia.

Tahukah anda?

Bukan semua mamot mempunyai badan yang diselaputi bulu. Mamot ‘berbulu’ adalah salah satu daripada banyak sub-spesis mamot di dunia.

Gajah asia dikatakan mempunyai perkaitan yang kuat dengan mamot berbanding gajah Afrika berdasarkan kepada struktur gigi dan juga bukti DNA.

Berkenalan Dengan Gajah

Gajah Kuala Gandah

Satu-satunya tempat yang menyediakan pusat perlindungan dan konservasi gajah di Malaysia adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Pahang. Pusat ini menempatkan gajah-gajah yang datang dari pelbagai latar belakang dan situasi. Contohnya, ada gajah yang diselamatkan dari kecedaraan dan ada yang dipindahkan supaya dapat hidup dengan lebih selamat dari ancaman. Gajah-gajah yang terperangkap dari negara-negara Asia Tenggara juga dipindahkan ke sini bagi memelihara spesies mereka.

Gajah juga dikenali sebagai “abang long” hutan. Saiznya yang besar dan tinggi serta tabiatnya mampu mempengaruhi perubahan persekitaran.

Generasi kini agak sukar untuk bertemu dengan gajah ini kerana aktiviti pembangunan dan penghutanan yang kian pesat, mengancam tempat tinggal mereka. Harapan untuk bertemu dengan gajah-gajah dari seluruh Asia Tenggara ini hanya terdapat di Pusat konservasi ini.

Untuk ke sini, anda hanya mengambil masa 2 jam sahaja perjalanan dari Kuala Lumpur. Lokasi pusat ini terletak berhampiran dengan Lanchang di Negeri Pahang. Pusat ini mula dibuka pada jam 8.00 pagi sehingga jam 4.00 petang setiap hari. Hanya gunakan Waze dan masukkan kata kunci “gajah kuala gandah”, akan keluar pilihan yang akan membawa anda ke sini.

Atau alamat penuhnya : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Kuala Gandah 28500 Lanchang, Pahang.

Aktiviti-aktiviti Bersama Gajah di Kuala Gandah

1. Anda berpeluang untuk menonton persembahan video dokumentari yang menunjukkan segala usaha yang dilakukan dalam menempatkan semula gajah-gajah ke pusat ini.

2. Melihat gajah bergerak bebas dan memberi mereka makan.

3. Pengunjung boleh mengambil gambar bersama dengan gajah sambil mendengar pegawai Perhilitan memberikan penjelasan.

4. Memandikan anak-anak gajah di sungai. Aktiviti ini bergantung kepada paras air sungai dan juga cuaca ketika itu.

5. Melihat gajah-gajah muda beraktiviti sambil memberi makan mereka.

Walaubagaimanapun, anda tidak dibenarkan untuk menunggang gajah. Tetapi, anda boleh menyentuh mereka,  membelai dan memberi mereka makan.

Bantuan Dana Dialukan

Kos untuk menyara seekor gajah tidak termasuk ubat-ubatan adalah sekitar RM100 sehari. Jika anda ingin membantu turut-serta dalam usaha murni yang sedang dijalankan oleh Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini, adalah sangat dialu-alukan.

Lihat lokasi gajah ini disini

National Elephant Conservation Centre Kuala Gandah NECC Kuala Gandah, Lanchang, Pahang, 28500, Lanchang, Pahang

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *