AsiaCamp Resort

Garis Panduan Dan Peraturan-peraturan Di Dalam Taman Negara Pahang

Pindaan Tahun 2023

 

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN DI DALAM KAWASAN TAMAN NEGARA PAHANG PINDAAN TAHUN 2023.

Garis Panduan dan Peraturan ini adalah suatu pindaan bagi Garis Panduan dan Peraturan yang sedia ada, untuk menambah baik kualiti perkhidmatan dan aktiviti rekreasi di kawasan yang dibenarkan dalam Taman Negara Pahang. Dalam memastikan objektif cadangan ini mencapai sesaran, aspek-aspek berkaitan kepentingan pemuliharaan spesies dan ekosistem dalam Taman Negara Pahang tetap diberi keutamaan sejajar dengan tujuan mengekalkan kelestarian sumber ecopelancongan.

 

  1. Operasi Aktiviti Bot di Taman Negara Pahang:

1.1 Hanya bot yang berdaftar di bawah Persatuan Gabungan Bot Taman Negara sahaja yang dibenarkan beroperasi di dalam Taman Negara Pahang.

1.2 Setiap bot yang beroperasi di dalam kawasan Taman Negara Pahang akan mempunyai identifikasi kod seperti berikut:

 

BIL ZON KAWASAN KOD NO. BOT & WARNA PENANDAAN KAEDAH PENANDAAN  
         
    BERMULA KT 001 DAN SETERUSNYA.    
1. KUALA TAHAN HALUAN DITANDA DENGAN WARNA    
    BIRU.    
         
    BERMULA KP 001 DAN SETERUSNYA.    
2. KAMPUNG PAGI HALUAN DITANDA DENGAN WARNA    
    HITAM. BAHAGIAN HALUAN  
      BOT AKAN DITANDA  
    BERMULA KS 001 DAN SETERUSNYA.  
    DENGAN WARNA KHAS  
3. KUALA SAT HALUAN DITANDA DENGAN WARNA  
MENGIKUT ZON  
    HIJAU.  
    KAWASAN YANG  
       
      DITETAPKAN.  
    BERMULA KB 001 DAN SETERUSNYA.  
4. KAMPUNG BANTAL HALUAN DITANDA DENGAN WARNA    
    MERAH.    
         
    BERMULA KG 001 DAN SETERUSNYA.    
5. KAMPUNG GUSAI HALUAN DITANDA DENGAN WARNA    
    KUNING.    
         

 

 

  1. Aktiviti Rekreasi di Lubok Tenor dan Lata Berkoh:

 

2.1 Setiap bot yang beroperasi membawa pelancong ke Lubuk Tenor dan Lata Berkoh hanyalah dibenarkan untuk trip maksimum dua (2) kali sehari.

 

2.1

  1. a) Trip Pagi : Pergerakan masuk bermula antara jam 8.00am – 10.00am.

 

  • Pergerakan keluar mesti tiba di Rakit Renjer Jabatan PERHILITAN sebelum jam 1.00pm.

 

  1. b) Trip Petang : Pergerakan masuk bermula antara jam 2.00pm – 3.30pm.

 

  • Pergerakan keluar mesti tiba di Rakit Renjer Jabatan PERHILITAN sebelum jam 6.00pm.

 

  1. Aktiviti Memancing:

 

3.1 Penutupan Sungai Tahan sebagai lokasi memancing harian dan akan diganti dengan Sungai Atok.

 

3.2 Aktiviti Memancing di Sungai Keniam.

 

(a) Kapasiti di setiap tapak perkhemahan:

 

BIL. TEMPAT JUMLAH JUMLAH BOT CATATAN
    INDIVIDU    
1. POS KENIAM 30 ORANG 6 UNIT  
2. RAWA 15 ORANG 3 UNIT 1 UNIT BOT ADALAH UNTUK 5
3. RINCING 15 ORANG 3 UNIT ORANG (1 JURU PANDU, 1 JURU
4. PERKAI 20 ORANG 4 UNIT HALUAN & 3 PEMANCING)
5. LATA SAID 45 ORANG 9 UNIT  

 

 

  • Had sempadan kawasan memancing di Sungai Keniam adalah bermula dari kuala Sungai Keniam sehingga ke Lubok Petir. Manakala had sempadan penggunaan bot di Sungai Keniam adalah sehingga Lata Said sahaja.

 

3.3 Aktiviti Memancing di Sungai Sat.

 

(a) Kapasiti di setiap tapak perkhemahan:

 

 

BIL. TEMPAT JUMLAH JUMLAH BOT CATATAN  
INDIVIDU  
         
1. UBANG 15 ORANG 3 UNIT    
  1 UNIT BOT ADALAH UNTUK 5  
         
2. MILONG 25 ORANG 5 UNIT ORANG (1 JURU PANDU, 1 JURU  
HALUAN & 3 PEMANCING)  
         
3. LUBUK IKAN 25 ORANG 5 UNIT  
   
           
4. LIRAI 25 ORANG 5 UNIT    
           

 

 

  • Lubok Umbut ditutup sebagai kawasan perkhemahan untuk aktiviti memancing di Sungai Sat.

 

  • Had sempadan kawasan memancing dan penggunaan bot di Sungai Sat adalah bermula dari Kampung Bunga sehingga ke Kuala Petir sahaja.

 

3.4 Aktiviti memancing di Sungai Sepia.

 

(a) Kapasiti di setiap tapak perkhemahan:

 

BIL TEMPAT JUMLAH JUMLAH BOT CATATAN  
    INDIVIDU      
1. TELEMONG 30 ORANG 6 UNIT    
           
2. BERENING 25 ORANG 5 UNIT    
           
3. KENOT 25 ORANG 5 UNIT 1 UNIT BOT ADALAH UNTUK 5  
         
        ORANG (1 JURU PANDU,1  
4. MEMALI 25 ORANG 5 UNIT  
JURU HALUAN & 3  
         
        PEMANCING)  
5. SUNGAI DUA 25 ORANG 5 UNIT  
   
           

 

6. GAJAH TUNGGAL 30 ORANG 6 UNIT  
         
7. CEGAR BATANG 25 ORANG 5 UNIT  
         
8. JERAM PERAHU 25 ORANG 5 UNIT  
         

 

 

  • Jeram Penabur ditutup sebagai kawasan perkhemahan untuk aktiviti memancing di Sungai Sepia.

 

  • Had sempadan kawasan memancing di Sungai Sepia adalah bermula dari kuala Sungai Aur sehingga ke Kuala Perus. Manakala had sempadan pengunaan bot di Sungai Sepia adalah sehingga Telemong sahaja.

 

 

 

3.5 Had jumlah ikan untuk setiap pemancing:

 

  • Jumlah ikan yang dibenarkan untuk dibawa pulang oleh setiap pemancing adalah satu (1) ekor per hari mengikut jumlah harian aktiviti memancing yang dilakukan.

 

Cth: Jika trip memancing yang dilakukan oleh seorang pemancing adalah empat hari, maka jumlah maksimum ikan yang dibenarkan untuk dibawa pulang adalah empat ekor sahaja.

 

 

 

3.6 Spesies ikan dan saiz yang dibenarkan untuk dipancing dan dibawa pulang.

 

(a) Jadual spesis ikan dan saiz:

 

BIL SPESIS   SAIZ CATATAN
1. KELAH 0.7 – 3.0 KILOGRAM  
2. KEJAR 0.7 – 3.0 KILOGRAM HANYA IKAN MATI SAHAJA
3. TAPAH 3.0 KILOGRAM ATAU LEBIH YANG DIBENARKAN UNTUK
4. SEBARAU 1.0 – 3.0 KILOGRAM DIBAWA PULANG.
5. KERAI JELAWAT 0.7 – 3.0 KILOGRAM  
6. KERAI KUNYIT 0.7 – 3.0 KILOGRAM  
7. TENGGALAN 0.7 – 3.0 KILOGRAM  
8. ARA 0.7 – 3.0 KILOGRAM  

 

  • Bagi spesies lain yang tidak dinyatakan dalam jadual,tiada syarat saiz dan jumlah yang ditetapkan. [Cth spesis : Toman, Bujuk (spesis pemangsa) , Rong (spesies kecil) dan lain-lain.]

 

  • Hanya ikan mati sahaja dibenarkan untuk dibawa pulang.

 

3.7 Jenis Umpan dan Sumber:

 

  • Pemancing dibenarkan untuk mengambil umpan seperti cacing, kermot, belalang, buah marih, buah ara dan sebaginya yang terdapat di kawasan memancing.

 

  • Umpan yang tidak boleh didapati di kawasan memancing seperti buah kelapa sawit dan

 

sebagainya boleh dibawa dari luar.

 

  • Sebarang jenis ikan atau anak ikan hidup dari luar adalah dilarang untuk dibawa masuk ke dalam Taman Negara Pahang

 

3.8 Jumlah Joran dan Saiz tali pancing:

 

(a) Setiap pemancing hanya dibenarkan membawa maksimum 2 batang joran sahaja.

 

(b) Saiz tali pancing adalah ditetapkan antara 20 hingga 50 paun mengikut kesesuaian ikan yang hendak dipancing.

 

 

 

3.9 Setiap permohonan permit memancing dan pemilihan lokasi perkhemahan mesti dilakukan di Kaunter Penerangan Taman Negara Pahang. Hanya Agensi Pelancongan(Travel Agent) atau wakilnya yang berdaftar sahaja dibenarkan memohon dan ianya perlu disertakan bersama salinan resit pembayaran aktiviti oleh pemancing kepada Agensi Pelancongan (Travel Agent) yang terlibat.

 

 

 

3.10 Jurupandu dan Juruhaluan bot dibenarkan menjalankan aktiviti memancing, tetapi tidak dibenarkan membawa pulang hasil tangkapan (aktiviti memancing) mereka.

 

 

 

  1. Tempahan Aktiviti di dalam Taman Negara Pahang.

 

4.1 Bagi aktiviti yang melibatkan bermalam di dalam Taman Negara Pahang tempahan boleh dibuat hanya di kaunter penerangan TNP Kuala Tahan dan Pejabat TNP Sungai Relau sahaja.

 

4.2 Bagi aktiviti yang melibatkan bermalam atau penggunaan khidmat pemandu pelancong (Nature Guide).

 

Tempahan hanya boleh dibuat oleh pihak Agensi Pelancongan sahaja.

 

 

 

  1. Khidmat Pemandu Pelancong (Nature Guide) di Taman Negara Pahang.

 

5.1 Pemandu Pelancong (Nature Guide) yang beroperasi di dalam Taman Negara Pahang mestilah berdaftar dan mempunyai Lencana Hijau (Green Batch) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesenian dan Pelancongan (MOTAC).

 

5.2 Bagi setiap seorang Pemandu Pelancong (Nature Guide), jumlah maksimun pelawat yang boleh dibawa adalah dua belas (12) orang sahaja.

 

5.3 Pelawat dibenarkan menjalankan aktiviti rekreasi di dalam Taman Negara Pahang Kuala Tahan tanpa khidmat Pemandu Pelancong (Nature Guide) hanya meliputi kawasan Lingkaran Bukit Teresik (Bukit Teresik Curcuit), yang mana termasuk di dalamnya Bukit Teresek,Titian Kanopi dan Lubuk Simpon. Walaubagaimanapun, penggunaan khidmat Pemandu Pelancong (Nature Guide) adalah digalakkan.

 

5.4 Bagi aktiviti di Taman Negara Pahang Kuala Tahan yang melalui rentis di luar kawasan Lingkaran Bukit Teresek (Bukit Teresek Curcuit) penggunaan khidmat Pemandu Pelancong (Nature Guide) adalah diwajibkan.

 

PETA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LINGKARAN BUKIT TERESEK (BUKIT TERESIK CURCUIT)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BUKIT TERESEK

 

CIRCUIT

 

 

 

 

PETA KAWASAN REKREASI TAMAN NEGARA PAHANG KUALA TAHAN

 

5.5 Semua aktiviti harian atau bermalam di Taman Negara Pahang Sungai Relau adalah wajib menggunakan khidmat Pemandu Pelancong (Nature Guide), kecuali aktiviti berkhemah di tapak perkhemahan Sungai Relau, Rentis Nenggeram, Rentis Interpretif dan Rentis Palas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PETA KAWASANA REKREASI TAMAN NEGARA PAHANG SUNGAI RELAU

 

  1. Aktiviti Pemerhatian Hidupan Liar di Bumbun dan Gua:

 

6.1 Hanya Empat (4) Bumbun sahaja yang dibuka untuk aktiviti pemerhatian hidupan liar iaitu Bumbun Tahan, Bumbun Cegar Anjing dan Bumbun Tabing (Kuala Tahan) dan Bumbun Rimau (Sungai Relau).

 

6.2 Semua Bumbun yang dinyatakan adalah dibenarkan untuk aktiviti bermalam kecuali Bumbun Tahan.

 

6.3 Tidak dibenarkan sebarang aktiviti memasak semasa bermalam di Bumbun.

 

6.4 Pemeriksaan barangan pelawat akan dijalankan di ruang pemeriksaan berhampiran Kaunter Penerangan Taman Negara Pahang Kuala Tahan atau Pejabat Taman Negara Sungai Relau.

 

6.5 Pemandu Pelancong (Nature Guide) adalah bertanggungjawab atas keselamatan, tingkah laku dan aktiviti yang dilakukan di dalam Gua oleh pelawat.

 

6.6 Semasa aktiviti bermalam, adalah tidak dibenarkan membuat unggun api di dalam Gua selain di tempat khas yang telah ditetapkan.

 

6.7 Pemandu Pelancong (Nature Guide) bertanggungjawab atas kebersihan kawasan Gua sepanjang aktiviti sehingga selesai.

 

  1. Aktiviti Mendaki ke Gunung Tahan:

 

7.1 Pemeriksaan pendakian bermula jam 7.30am – 10.30 am.

 

7.2 Pelepasan akhir kumpulan pendakian dari Kuala Tahan atau Kuala Juram adalah sebelum

 

12.00 pm.

 

  1. Aktiviti Titian Konopi:

 

8.1 Penetapan Had Umur:

 

  • Kategori Dewasa 18 tahun ke atas.

 

  • Kategori kanak -kanak 7 – 17 tahun.

 

  • Kanak -kanak bawah 7 tahun tidak dibenarkan.

 

8.2 Tiket Titian Kanopi hanya dijual di Kaunter Penerangan Taman Negara Pahang Kuala Tahan.

 

 

  1. Kempen Sifar Kemalangan:

 

9.1 Sejajar dengan Kempen Sifar Kemalangan di Taman Negara Pahang bermula pada tahun 2023, setiap Agensi Pelancongan (Travel Agent) disaran agar meningkatkan tahap kualiti fasiliti dan perkhidmatan dalam menjalankan aktiviti kepada pelawat.

 

 

9.2 Kelengkapan Peti Pertolongan Cemas (First-Aid) perlulah sentiasa dikemaskini.

 

9.3 Pemandu pelancong (Nature Guide) diminta untuk sentiasa peka terhadap keadaan tempat dan sekitar kawasan semasa membawa pelawat menjalankan aktiviti.

 

9.4 Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, pemandu pelancong hendaklah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak Jabatan PERHILITAN di Kaunter Penerangan TNP Kuala Tahan atau Pejabat TNP Sungai Relau.

 

 

 

Garis Panduan Aktiviti dan Peraturan-Peraturan yang telah dikemaskini mula berkuatkuasa pada 16 Januari 2023.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Jump Into the Details
Scroll to Top
What Our Clients Say
123 reviews