Trip ke Taman Negara

Trip ke Taman Negara

Trip ke Taman Negara

Trip ke Taman Negara adalah salah satu pilihan melancong keluarga yang boleh diterokai. Ianya mesra keluarga dan banyak kemudahan yang sesuai untuk beraktiviti bersama keluarga. Banyak aktiviti boleh dicuba disini sepanjang trip.

Penginapan di sini juga serba lengkap dan cantik-cantik. Semua agensi pelancongan dan pengusaha perlu mendaftar dengan jabatan berkuasa supaya jaminan keselamatan keluarga apabila melancong lebih terjamin.

Antara aktiviti yang boleh dicuba di sini adalah:

  1. Jungle Trekking (sesuai untuk keluarga)
  2. Penjelajahan gua (sesuai untuk belia)
  3. Memerhati burung (sesuai untuk keluarga)

Jungle Trekking

Antara aktiviti yang sering dilakukan oleh pengunjung di Taman Negara adalah “Jungle Trekking”. Aktiviti ini digemari pengunjung kerana mereka berpeluang untuk melihat habitat flora dan fauna dengan lebih dekat.

Pengunjung juga dapat menjalankan aktiviti ini dengan kemudahan yang telah disediakan seperti platform dan denai jalan kaki khas untuk memudahkan pengunjung. Ia begitu sesuai untuk mereka yang mengendong bayi.

Kita boleh memilih banyak trek. Ada trek yang pendek dan ada juga trek mencabar. Trek yang mencabar sesuai untuk mereka yang baru mahu mencuba mendaki. Walaupun perlu mendaki, ada juga tempat pemijak khas yang memudahkan perjalanan kita.

Apabila sampai di hujung, pengunjung pastinya terpesona dengan keindahan alam sekitar. Ini menjadi port OOTD kebanyakan pelancong. Pelancong boleh mengambil gambar berlatarbelakangkan puncak Gunung Tahan. Pasti awesome!

Aktitviti ini juga boleh dilakukan pada waktu siang dan pada waktu malam. Jangan lupa mengambil khidmat guide. Ini kerana mereka akan berkongsi banyak maklumat berguna untuk kita dan keluarga. Ini menjadikan trip ke Taman Negara menjadi salah satu tempat pelancongan yang sarat dengan ilmu alam.

Ketika penjelajahan hutan, pengunjung tidak dibenarkan untuk merosakkan ekosistem kawasan tersebut seperti membuang sampah atau mematahkan pokok-pokok kecil. Penguasa di sini sangat tegas di dalam memantau kebersihan di Taman Negara.

Pastinya kita akan dihidangkan dengan suasana yang bersih, selamat dan tenteram.

Penjelajahan Gua

Penerokaan Gua dapat dilakukan di Taman Negara kerana terdapat beberapa gua yang boleh dikunjungi oleh pengunjung seperti Gua Kepayang, Gua Telinga dan Gua Jinjang Pelamin.

Pengalaman extra ke Gua Kepayang pasti memberi kepuasan. Sepanjang perjalanan, pengunjung akan menaiki bot merentasi 7 jeram, pengunjung akan juga melalui perkampungan orang asli.

Pengunjung juga kali ini akan memasak sendiri makanan bersama dengan guide. Kadang kala perlu melalui anak sungai sambil menyelamatkan beg dari basah. Apabila malam, persediaan tempat tidur di gua akan dibantu oleh guide.

Kedudukan Gua Telinga juga terletak tidak jauh dari Taman Negara dan untuk sampai ke sana adalah dengan menaiki boat. Aktiviti penerokaan gua adalah aktiviti yang mencabar kerana di dalam gua, permukaannya agak licin dan basah dan memerlukan tahap stamina dan ketangkasan yang tinggi jika ingin melakukan aktiviti tersebut.

Di dalam gua juga, pengunjung dapat melihat kelibat kelawar yang bersaiz besar.

Memerhati Burung

Oleh kerana Taman Negara adalah kawasan perlindung hidupan flora dan fauna, ia telah menyebabkan banyak spesis burung berhijrah ke kawasan tersebut.

Bagi peminat burung, mereka berpeluang untuk menyaksikan kira-kira 380 jenis spesis burung di Taman Negara ini. Antaranya adalah Burung Enggang papan kerana burung enggang akan membina sarang di atas pokok yang tinggi.

Burung Enggang ini mudah diketahui kehadirannya. Kibasan sayapnya di atas pasti didengar dari bawah. Akan ada beberapa kali kita sekeluarga akan dapat memerhatikan burung ini dari atas.

Kerap kali juga akan kita dapat lihat burung yang memburu ikan. Ada kalanya burung sengaja menyelam ke sungai untuk menangkap ikan. Kepuasan pasti terasa apabila dapat melihat ikan di paruh burung nanti. Seronok!

Antara kawasan yang digalakkan untuk aktiviti memerhati burung adalah di kuala Tahan kerana disitu pengunjung dapat melihat pelbagai jenis spesis burung yang kerap berlegar-legar di kawasan tersebut.

Lebih banyak aktiviti yang diluar sangkaan ada di Taman Negara yang susai dijadikan sebagai trip pelancongan. Antara lain adalah:

  1. melihat ikan kelah di santuari ikan
  2. demo menghidupkan api
  3. demo memburu binatang hutan
  4. menaiki canopy walkway terpanjang didunia
  5. menaiki bot kayu panjang
  6. merasai suasana berkabus pada pukul 9.00 pagi
  7. BBQ bersama keluarga
  8. melihat binatang seperti rusa, gajah dan kucing hutan

Datang lah ke Taman Negara. Trip ke Taman Negara nanti pasti menjadi ingatan keluarga sepanjang masa. Untuk lebih info boleh rujuk di laman web kami iaitu : www.tamannegara2u.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *