National Park Taman Negara Malaysia (20)

Team Building SINAR Haemodialysis | Taman Negara Pahang

Pada 8hb March 2020 yang lalu, keluarga besar dari SINAR Haemodialysis telah berkampung di bumi Asia Camp di Taman Negara Pahang. Seramai hampir 45 orang staff dari SINAR Haemodialysis HQ telah bersama-sama di dalam program team building Sinar pada kali ini.

Objektif utama perkhidmatan Sinar Haemodialysis ini adalah untuk menjana kemampuan survival buat mereka yang menghadapi masalah kegagalan buah pinggang. Oleh yang demikian, selari dengan objektif, misi dan misi mereka dalam menghasilkan perkhidmatan yang SELAMAT, CEKAP dan TELITI, suatu program team building Sinar telah diadakan.

Organisasi ini merupakan organisasi yang berdaftar dengan HRDF. Mereka menggunakan levi HRDF sebagai dana program. Program di AsiaCamp Resort merupakan program HRDF CLAIMABLE.

Agenda utamanya adalah…

  1. Merangsang komunikasi berkesan, serasi dan mesra di kalangan staff bagi melancarkan lagi servis perkhidmatan mereka.
  2. Memberikan peluang istirehat dan corak fikir ke arah kehidupan yang lebih sihat dan aktif.
  3. Pendedahan aktiviti-aktiviti yang memfokuskan kerja berkumpulan dan fokus penyelesaian masalah dalam seharian.
Lawatan peserta dari Sinar Haemodialysis yang baru tiba di Taman Negara Pahang

Gambar di atas adalah gambar yang pastinya diambil untuk kenangan nanti. Ia adalah gambar di pintu masuk Taman Negara Malaysia.

Pastinya aktiviti sebegini membawakan kelainan kepada para peserta berbanding program team building yang biasa diadakan di pusat-pusat latihan motivasi. Kemampanan lokasi dan landskap muka bumi Taman Negara Pahang memberikan banyak resources kepada pengurusan pihak AsiaCamp Resort. Fasiliti dan kepelbagaian aktiviti menyebabkan para peserta program lebih responsive dan seronok mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan buat mereka.

Jom kita ikuti gambar-gambar menarik mereka beraktiviti di Taman Negara bersama kami di Asia Camp Resort.

Getting ready untuk menjelajah Sungai Ulu Tembeling untuk aktiviti rapid shooting

Rapid shooting adalah aktiviti yang menggunakan bot tradisional panjang orang melayu di sana. Bot ini boleh memuatkan 6 ke 14 orang peserta satu masa.

Excited semua para peserta sebelum berbasah dilambung arus sungai Ulu Tembeling

Antara kegilaan dan keseronokan peserta adalah apabila muka dihempas angin segar. Apatah lagi, air sungai yang merecik-recik membuatkan sentimen keseronokan dalam ketenangan datang.

Inilah antara pengalaman yang tidak dilupai peserta. Keselamatan peserta dititikberatkan dengan mengambil kira pakaian keselematan dan jumlah penumpang yang tidak melebihi muatan.

Rapid shooting membelah sungai, pastinya membuahkan kenangan yang tidak dapat dilupakan

Lihat gambar di atas, apabila sampan membelah arus, masing-masing kebasahan!

Video aktiviti Rapid Shooting
Peserta ceria di pagi hari bersiap sedia ke Kampung Pagi

Sebelum sampai ke Bukit Awan, paserta akan melalui Kampung Pagi, kampung yang tenang berdekatan Tama negara.

Di Bukit Awan, peserta akan melihat sendiri suasana yang amazing. Kabus yang begitu tebal dan puncak Gunung Tahan!

Pemandangan di Bukit Awan berlatarbelakangkan Gunung Tahan

Gunung Tahan adalah gunung yang menjadi idaman pendaki di Malaysia. Walaupun ia bukan gunung yang tertinggi di Malaysia, ramai pendaki mengatakan gunung ini adalah yang paling mencabar untuk di daki.

Disini juga tersimpan khazanah alam yang tak disangka-sangka. Habitat kambing gurun, gajah, kancil dan rusa. Flora seperti bunga terbesar didunia iaitu bunga rafflesia juga ada di gunung ini.

Lawatan ke perkampungan Orang Asli Bateq

Disini peserta akan dihidangkan dengan kehidupan primitif orang asli. Kehidupan yang ringkas tetapi kemas, bersih dan menenangkan. Peserta akan diajar cara mereka mencari makanan iaitu dengan menyumpit. Peserta juga berpeluang melihat mereka menghidupkan api tanpa menggunakan alatan moden.

Credit kepada Admin Facebook Sinar

Berminat dengan perkhidmatan kami? Hubungi kami segera untuk mendapatkan quotation harga dan booking. Jumpa anda di Asia Camp Resort ya!!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *