COVID-19: Stay safe

Melancong ke Taman Negara

Melancong ke Taman Negara

Melancong ke Taman Negara merupakan aktiviti yang sangat sesuai untuk keluarga. Bahkan ia menjadi salah satu tempat menimba ilmu sambil melancong. 

Inilah kelebihan di Taman Negara. Semua guide disini telah dilatih untuk memberikan penerangan yang tepat.

Melancong ke Taman Negara bagi melengkapkan jadual tahunan keluarga boleh menjadi satu pilihan juga. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini.

Mereka bukan sahaja dilatih untuk memberi info tepat, mereka juga dilesenkan dibawah akta pelancongan.

Ini menjadi sebab utama kepada ramai ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bercuti. Suasana di luar kelas sangat mendorong anak-anak untuk belajar pelajaran yang tidak di ajar disekolah.

Antara aktiviti yang ada disini termasuklah:

Canopy walk way

Canopy walkway adalah canopy yang terpanjang di dunia. Inilah keunikan yang ramai pelancong tidak tahu. Tuan/puan yang membawa keluarga dan anak-anak melancong dapat melihat sendiri kehijauan hutan tertua di dunia dari atas pokok.

Jangan risau, aktiviti ini dipantau oleh Jabatan Perhililitan sendiri dan ianya selamat. Pastinya pengalaman bergambar dan OOTD di canopy walkway memberi keseronokan kepada keluarga. Kita boleh memilih untuk pergi ke sini dengan dua cari iaitu berjalan kaki atau menaiki bot. Jika tuan-puan mahu berjalan kaki sambil menikmati pemandangan dan segar hutan, jarak perjalanan adalah 1.2KM kira-kira 30 minit. Jika menaiki bot, tuan/puan akan sampai dalam 10 minit ke jeti canopy walkway dengan bayaran RM80 sebuat bot. 1 bot boleh muat 4 orang dewasa.

Kebiasaannya, pengunjung akan berjalan kaki untuk mengambil kesempatan melihat flora dan fauna. Jabatan Perhililitan meletakkan tagging/tanda nama setiap pokok sepanjang perjalanan. Pengunjung juga boleh mengambil kesempatan ke bukit Teresek untuk melihat puncak Gunung Tahan secara percuma.

Melihat ribuan ikan kelah

Disini, pengunjung perlu menaiki bot dengan bayaran RM240 1 bot untuk 4 orang. Air disini di Sungai Tahan sangat jernih dan boleh melihat ke dasar. Kepada keluarga yang minat berjalan kaki di dalam hutan, perjalanan kesana adalah sejauh 8.5KM selama lebih kurang 5 jam. Pengunjung akan mengambil khidmat guide. Banyak kelebihannya mengambil guide, keluarga dapat melancong sambil belajar dan perjalanan akan menjadi lebih terancang.

Ikan kelah boleh dilihat apabila kita berhenti di Lubuk Tenor. Disini, anak-anak dan keluarga dapat memberi ikan makan. Sambaran ribuan ikan kelah pasti mempersona anak-anak. Selain Ikan Kelah, terdapat juga Ikan Kejor, Lampan, Sebarau dan kerai. Percayalah, ianya sangat besar!.

Kemudian, pengunjung bergerak ke Lata Berkoh. Penulis sendiri ada membawa anak-anak sekecil 4 bulan dan 2 tahun. Di perhentian terakhir bot, pengunjung boleh memilih untuk tidak pergi ke Lata Berkoh. Air disitu sangat jernih dan segar. Sesuai untuk keluarga dan anak-anak mandi manda.

Untuk yang suka bergambar, tuan/puan boleh trekking selama 15 minit ke Lata Berkoh. Jika membawa anak kecil, perjalanan akan mengambil masa 20 minit.

Perjalanan pulang pasti menyeronokan juga. Guide akan berhenti di Pokok Tualang yang super besar!. Inilah lokasi bergambar yang menarik. Besarnya pokok itu sehingga memerlukan 10 orang untuk memeluk pokok tersebut.

Melihat kehidupan orang asli

Kehidupan orang asli disini masih primitif. Ianya pengalaman yang unik apabila dapat melihat kehidupan sebenar orang asli. Mereka juga pandai membuat petunjukan demo cara menangkap binatang dihutan dengan menggunakan sumpit.

Apabila binatang telah dapat diburu, mereka pula akan menghidupkan api tanpa mengunakan sebarang peralatan moden. Pengunjung juga akan dapat melihat cara menghidupkan api disini.

Kita boleh ke perkampungan orang asli dengan menaiki bot. Kebiasaanya, pengunjung akan melakukan aktiviti Rapid Shooting melalui 7 jeram. Di penghujung aktiviti, pengunjung akan singgah ke perkampungan orang asli.

Lain-lain aktiviti

Memerhati hidupan malam ketika night walk

Aktiviti ini dipanggil Night Jungle Walk dan bayaran hanya RM35 seorang. Aktiviti ini kita perlu pergi bersama guide, kerana aktiviti ini kita haruslah berjalan kedalam hutan Taman Negara dan melalui jalan yang gelap. Jangan risau tentang jalan kerana di kawasan Taman Negara telah menyediakan track trail.

Sebenarnya aktiviti ini hanya lebih focus kepada serangga di waktu malam sahaja, tetapi ada masanya kita boleh melihat binatang-binatang yang ada di hutan Taman Negara, seperti contoh kijang, ular, tapir dan sebagainya.

Disini pelbagai serangga yang kita akan jumpa. Ada serangga yang kita tidak pernah jumpa dan tahu namanya kita akan jumpa. Guide yang membawa kita akan terangkan semua jenis serangga yang akan kita jumpa pada malam tersebut. Sangat menakjubkan.

Melihat puncak Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia

Untuk melihat puncak gunung tahan yang tertinggi di Malaysia, kita haruslah mendaki salah satu bukit yang ada di dalam Taman Negara iaitu BukIt Teresek. Aktiviti ini boleh dilakukan tanpa guide atau memilih untuk pergi bersama guide. Apa yang penting sebelum melakukan pelbagai aktiviti, kita haruslah mengambil entry permit di pejabat perhilitan terlebih dahulu. Bayaran untuk entry permit hanya RM1 seorang sahaja.

Bukit Teresik ini tingginya ialah 334meter dan jarak perjalanan ialah 1.7km. Perjalanan untuk sampai ke kemuncak ialah 2 jam atau lebih. Perjalanan ke sini hanya tanah rata dan mudah untuk berjalan.

Menaiki 4×4 yang mesra family

Terdapat pelbagai aktiviti yang menaiki 4×4 antaranya ialah Night Safari dan bejalan ke bukit awan. Sebuah 4×4 ini boleh memuatkan seramai 10 orang sahaja. Pembayarannya mengikut aktiviti yang kita lakukan.

Pemandu 4×4 semuanya mempunyai lesen dan sudah cekap untuk memandu 4×4 di kawasan jalan yang agak membahayakan. Menaiki 4×4 sangat menyeronokkan sambil bersuka ria bersama family. Boleh dikatakan semua resort disini mempunyai 4×4 sendiri untuk kemudahan kepada pelancong yang hadir ke Taman Negara.

Aktiviti Night Safari adalah aktiviti menaiki 4×4 dan dibawa melihat binatang-binatang di kawasan perkampungan Kuala Tahan. Disamping itu juga kita dapat melihat suasana malam di perkampungan Kuala Tahan.

Pada waktu senja, kita boleh pergi melawat kawasan Bukit Awan. Kawasan sini hanya untuk bertangkap gambar dan melihat pemandangan yang sangat cantik.Lebih-lebih lagi melihat matahari terbenam. Memang menakjubkan.

Menaiki bot panjang

Pelbagai aktiviti yang membolehkan kita menaiki bot panjang antaranya ialah Rapid Shooting dan Night River Safari.

Bot panjang ini boleh memuatkan seramai 15 orang sahaja dalam satu masa. Bot panjang ini adala boat tradisional yang diperbuat daripada kayu. Disini ada menyediakan bot panjang dan juga bot pendek.Ianya bergantung kepada jumlah ahli yang kita ada.Dan harganya juga berbeza.

Boat ini hanya dipandu oleh boatman yang diiktiraf sahaja. Sememangnya mereka sudah mahir memandu bot walaupun dalam keadaan air yang deras. Disetiap boat panjang yang ada mereka menyediakan life jacket kepada semua para pengunjung.

Makan di restoran terapung

Disini, anda tidak perlu risau tentang makanan kerana disini terdapat pelbagai restaurant disediakan. Yang menjadi tumpuan para pelancong adalah restaurant terapung yang terletak di sungai tembeling.

Pelbagai jenis makanan yang ada disini seperti masakan kampung dan juga western. Restauran ini dibuka bermula waktu pagi sampai malam. Jadi tiada masalah dari segi makan. Harganya juga sangat berpatutan.

Suasana disini, sangat menarik. Sambil makan sambil menikmati keindahan sungai tembeling.

Memancing

Kepada kaki pancing, disini juga anda boleh memilih untuk memancing di kawasan sungai tembeling atau sungai tahan. Waktu juga anda boleh memilih untuk memancing pagi atau malam. Untuk memancing juga, kita hendaklah wajib mengambil permit masuk dan permit joran di jabatan perhilitan. Harga setiap permit masuk hanya RM1 dan harga untuk permit 1 joran adalah rm10.

Kita hendaklah bawa sendiri joran dari rumah kerana mereka tidak menyediakan joran. Tapi disini juga ada kedai yang menjual pelbagai joran. Untuk pergi ke kawasan-kawasan untuk memancing,kita haruslah menaiki bot.

Disini,pemancing akan memburu raja ikan iaitu Kelah Merah. Ikan kelah adalah salah satu ikan yang menjadi tumpuan para pemancing disini.

Antara kelebihan lain yang ada di Taman Negara adalah kadar kehadiran pelancong yang rendah berbanding di pulau dan pantai. Tempat yang luas memudahkan penjarakan fizikal.

Lokasi ini juga kebanyakannya adalah lokasi yang terbuka dan pelancong boleh berjalan bersama keluarga dengan lebih selesa.

Penutup

Marilah melancong ke Taman Negara. Taman yang telah diiktiraf sebagai hutan yang tertua di dunia.