Bercuti di Musim Panas

Bercuti di Musim Panas

Bercuti di Musim Panas

Pada musim panas, pilihan bercuti mungkin satu idea yang meragukan. Manakan tidak, jika pergi ke pantai, matahari akan membakar kulit-kulit. Jika pergi ke pulau, bahang-bahang akan terasa hingga ke tulang. Jika pergi ke bandar, berpeluhlah kita seharian.

Apa kata kita bercuti di Taman Negara. Sepanjang laluan di tempat aktiviti semuanya diliputi pokok. Dengan kekayaan pokok yang dilindungi juga memberikan udara segar kepada pengunjung.

Sementara itu, pada musim panas lah sesuai untuk mandi di sungai-sungai jernih sini. Ini kerana, pada musim ini, rata-rata sungai terus ke paras cetek dan sangat jernih. Pada musim inilah tiada lecak-lecak di hutan yang mengotorkan kasut dan seluar.

Bayangkan apabila kita menaiki bot, kiri dan kanan dipenuhi pokok. Dan sampan kayu panjang juga berbumbung. Pasti redup, apatah lagi apabila bot laju itu meniup angin segar ke muka. Inilah pengalaman yang akan dilalui oleh pengunjung yang memilih aktiviti rapid shooting.

Rapid Shooting

Aktiviti Rapid Shooting adalah antara aktiviti utama pengunjung disini. Pastikan sebelum memulakan akiviti peserta bersedia dengan perkara berikut:

  • Baju tidak berwarna gelap dan tidak terlalu nipis.
  • Plastik untuk simpan gadget eletronik
  • Elakkan memakai topi semasa menaiki bot
  • Makanan ringan

Sepanjang aktiviti, peserta boleh memilih untuk kebasahan atau kurang basah kerana pemandu bot mahir mengendalikan bot mengikut selera percutian pengunjung. Pengunjung akan memakai jaket keselamatan sepanjang menaiki bot.

Sepanjang melalui Sungai Tembeling menggunakan bot kayu, pengunjung akan melalui 7 jeram. Ini sangat mengujakan bagi yang tidak pernah menaiki bot melawan arus sungai. Tambahan pula, ada tempat sungai cetek yang pengunjung akan mendengar bunyi bot bergeseran dengan batu sungai. Pastinya apabila menolah kebelakang, kelihatan pengemudi bot yang mahir dan tekun membawa bot.

Apabila tiba di satu perkampungan, pengunjung akan melihat binaan kayu dari atap rumbia. Binaan ini menunjukkan elemen primitif perkampungan orang asli. Perkampungannya yang begitu tradisional dan sangat bersih memberikan tarikan kepada pengunjung untuk datang lebih dekat lagi melihat kehidupan orang asli.

Lawatan Orang Asli

Orang asli yang mendiami perkampungan ini adalah terdiri dari kaum Bateq. Mereka hidup berpindah randah dan dikatakan setiap kali ada kematian, mereka akan berpindah. Namun, pada zaman ini, untuk menyokong industri pelancongan yang mempromosikan cerita tentang orang asli, kaum bateq disini kekal mendiami kampung ini tanpa ada perpindahan lagi.

Apabila kita menuruni bot, kita akan kelihatan ank-anak kecil dan wanita yang akan mula menyorok masuk di dalam rumah. Ini ketinggian adat orang asli dengan sopan santun dan penuh ciri kekeluargaan. Manakala kaum lelaki ada yang sibuk menguruskan kehidupan harian.

Pengunjung akan disambut oleh sesetengah kaum lelaki yang telah dilatih berkomunikasi. Ada dikalangan mereka yang telah pandai bercakap beberapa bahasa seperti bahasa inggeris, korea dan eropah.

Mereka sangat ramah. Ada yang memulakan perjumpaan bersama dengan pengunjung bercerita tentang kehidupan mereka. Ya, kehidupan mereka seperti mencari hasil hutan, adat orang asli dan herba-herba rawatan. Hutan adalah sumber mereka. Hutan adalah hospital mereka.

Ada 2 demostrasi yang biasa dibuat iaitu:

  • Menghidupkan api
  • Menyumpit binatang

Mahu tahu lebih lanjut lagi? Datang lah ke Taman Negara dan bercuti di musim panas!