Aktiviti Yang boleh Dilakukan di Taman Negara

Aktiviti Yang boleh Dilakukan di Taman Negara

Aktiviti Yang boleh Dilakukan di Taman Negara

Antara aktiviti yang menarik jika anda semua datang ke Taman Negara ke sini ialah pertama, bermalam di Bumbun. Anda bermalam di Bumbun adalah untuk memerhati hidupan liar yang melawat kawasan jenut berhampiran. Bayaran RM 5 setiap seorang dikenakan bagi satu malam.

Seterusnya, aktiviti titian kanopi iaitu anda dapat menikmati pemandangan Taman Negara dari atas titian kanopi yang terpanjang di dunia berukuran 550 m, tergantung lebih kurang 45 meter dari aras tanah. Bayaran RM 5 bagi orang dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak dikenakan.

Tambahan pula, aktiviti eksplorasi sungai, aktiviti ini merupakan perjalanan menyusuri sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Tahan ia merupakan satu aktiviti yang menarik dan melalui beberapa buah jeram.

Kemudian, jika anda semua peminat aktiviti memancing, anda semua tidak boleh lepaskan peluan untuk mengalami pengalaman aktiviti memancing di Sungai Keniam. Selain memancing, anda juga boleh berkhemah di Kuala Perkai.

Seterusnya, aktiviti pemerhatian burung. Di Taman Negara merupakan syurga bagi pemerhati burung kerana terdapat sebanyak 380 spesies burung di Malaysia yang boleh ditemui di Taman Negara.

Spesies burung yang terdapat di Taman Negara ialah burung enggang, kuang, takur, kesumba dan sambar.

Kemudian, aktiviti mendaki Gunung Tahan. Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Untuk mendaki gunung ini memerlukan masa selama 7 hari untuk mendakinya dengan melalui laluan yang mencabar.

Penggunaan perkhidmatan pemandu arah gunung diwajibkan. Seroang pemandu arah akan membantu sepanjang perjalanan mendaki Gunung Tahan dengan bayaran sekitar RM1500 hingga RM2000. Masa pendakian yang disyorkan ialah dai bulan Mac hingga Ogos setiap tahun.

Bulan November ke Januari ditutup untuk pendakian. Maksimum seramai 10 orang atau kumpulan atau guide. Selain itu, lawatan ke penempatan Orang Asli dan Rapids Shooting. Aktiviti ini merupakan lawatan ke perkampungan Orang Asli di Jeram Dedari untuk mempelajari adat resam dan cara hidup mereka.

Bayaran sebanyak RM 5 seorang dikenakan. Manakala Rapids Shooting bayaran RM 180 satu bot atau 12 orang maksimum.

Aktiviti seterusnya ialah eksplorasi hutan. Anda semua berpeluang untuk menikmati keindahan khazanah alam semulajadi Taman Negara di sepanjang Rentis Teresek. Selain itu, lawatan ke Lata Berkoh.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Lata berkoh yang berkongsepkan perkhelahan dan menikmati keunikan hutan. Bayaran sebanyak RM 160 bagi perkhidmatan bot atau maksima 4 orang.

Tambahan pula, lawatan ke Santuari Kelah Lubuk Tenor. Bayaran perkhidmatan pengangkutan bot ke Lubuk Tenor adalah RM 220 satu bot atau 4 orang maksima.

Akhir sekali, aktiviti berkhemah. Bayaran RM 1 seorang/ malam bagi penggunaan tapak perkhemahan di dalam Taman Negara kecuali yang diuruskan oleh Mutiara Resort dengan bayaran RM 5  seorang/ malam.

TIPS UNTUK BERKUNJUNG KE TAMAN NEGARA

Gunakan pakaian yang yang tidak terlalu tebal dan tidak ketat. Baju lengan panjang dan seluar bersesuaian diperlukan untuk mengelakkan kecederaan apabila jatuh atau digigit serangga. Pada masa-masa tertentu, keadaan di dalam hutan ini boleh menjadi sejuk. Bawa bersama jaket kalis air untuk keselesaan anda.

Perlu merancang aktiviti supaya boleh dihabiskan sebelum gelap. Elakkan berjalan berseorangan dan maklumkan kepada sesiapa anda masuk ke hutan. Ini boleh membantu orang lain menjangka bila kita akan pulang dari hutan.

Ikut setiap tanda dan trek yang disediakan, elakkan mengikut jalan yang tidak mempunyai trek khas atau trek yang lama tidak digunakan.

Muhammad Jazri Bin Muhammad Mazlan

B03SPL19F008