objektif team building

Perkhemahan

 

Perkhemahan adalah satu aktiviti outdoor yang sangat menarik bagi mereka yang sangat mencintai alam semulajadi. Sudah semestinya, kebiasaannya perkhemahan ini akan memakan masa sekurang-kurangnya 1 hari di lokasi-lokasi perkhemahan yang telah di tetapkan. Untuk perkhemahan ini, terdapat beberapa barang yang perlu di bawa demi keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan alam semula jadi.

  1. Beg tidur

Beg tidur amatlah penting bagi mengelakkan kesejukan di waktu malam yang melampau, malahan ia juga memberikan sedikit keselesaan kepada tubuh badan. Beg tidur amat meluas di jual di pasaran dan harganya pun amatlah mampu milik. Beg tidur tidak memakan ruang dan tidak berat tetapi ada juga yang membawa pad tidur.

  1. Pakaian yang sesuai

Merangkumi pakaian semasa perjalanan,membersih diri,tidur waktu malam dan juga pakaian semasa waktu sejuk. Pastikan juga kasut tahan lama dan lasakĀ  dan selesa digunakan semasa perkhemahan. Tambahan lain bawalah selipar bagi memudahkan pergerakan untuk mandi atau keselesaan semasa perkhemahan.

  1. Botol Minuman

Air sangat penting untuk tubuh badan bagi membuatkan otot-otot di badan kita bergerak dengan lancar. Sentiasalah membawa botol minuman dan pastikan sentiasa berisi air untuk mengelakkan badan berlaku kekurangan air kepada sistem tubuh badan.

  1. Lampu Suluh

Semasa perkhemahan, sistem pencahayaan amatlah terhad khususnya jika berkhemah di kawasan pergunungan atau perhutanan. Pergantungan asas adalah dari cahaya semulajadi seperti unggun api atau cahaya bulan. Disebabkan itu lah membawa lampu suluh amat diperlukan semasa perkhemahan. Lampu suluh sudah banyak dijual dipasaran yang bersifat ringan untuk memudahkan pergerakan semasa perkhemahan kursusnya di waktu malam.

  1. Kit Ikhtiar hidup

Kebiasaanya mengandungi alat untuk ikhtiar hidup seperti pisau, batu asah,wisel, tali dan pelbagai lagi. Kita tidak boleh mengelak apa-apa kemungkinan yang akan berlaku semasa perkhemahan seperti sesat. Oleh itu, kit ini amatlah berguna atau wajib.

  1. Plastik Sampah

Sentiasa bawa untuk mengisi sampah-sampah makanan dan menyimpan pakaian-pakain kotor yang telah kita bawa. Dari sini, kita akan melatih diri kita untuk menjadi seorang yang budiman yang boleh turut mengutip sampah sepanjang perjalanan dan perkhemahan tersebut.

 

  1. Dapur memasak

Namanya pun dapur memasak mestilah untuk memasak. Dapur memasak hari ini sangatlah moden untuk penggiat sukan perkhemahan adan outdoor. Dapur sekarang sudah ringan dan mudah di bawa. Dan pastikan juga membawa gas tambahan utuk menukar gas yang telah habis.

  1. Mess Kit

Barangan yang akan kita gunakan untuk memasak semasa perkhemahan. Barang-barang yang dimaksudkan ini adalah pinggan, magkuk, gelas, kuali sudu, sudip dan sebagainya. Barang ini juga boleh di bawa secara persendirian tanpa berkongsi dengan teman yang lain.

  1. Peta

Peta amat penting untuk mengelakkan kita sesat malahan untuk member informasi tentang lokasi terkini yang tempat yang akan di tuju. Peta zaman sekarang sudah banyak berada si pasaran dan terdapat dalam pelbagai bentuk.

  1. Kit Bantuan Kecemasan

Benda ini amat penting untuk di gunakan semasa kecemasan. Satu kit sudah merangkumi segala keperluan asas.

 

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *