Jungle Trekking

Objektif team building

OBJEKTIF TEAM BUILDING

Semua mesti sudah maksud apa itu team building. Dalam bahasa melayu team building ini bermaksud pengukuhan pasukan atau pembinaan pasukan. Dimana satu program yang akan di bahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan bagi menjayakan beberapa misi atau aktiviti yang telah di aturkan.

Team building ini penting bagi melihat tahap semangat berpasukan, hormat menghormati dan saling bantu membantu dalam meyelesaikan misi yang telah diberikan. Kebiasaannya peserta akan dibawa ke tempat yang bukan lain yang telah ditempah awal. Berada disana selama tiga atau empat hari dengan pelbagai program yang telah di tetapkan.

Sebelum membuat team building ada beberapa langkah ringkas yang boleh diikuti:

  1. Mengadakan perbincangan dengan orang atasan untuk membuat kertas kerja.
  2. Setkan semua bajet, masa dan tempat yang di dibincangkan
  3. Menubuhkan jawatan bagi pengagihan tugas
  4. Mengadakan mesyuarat semakan terakhir dan penerangan kepada staff
  5. Laporan aktiviti dan kewangan

Pentingkah team building ini kepada syarikat?

Objektifnya adalah untuk kebaikan syarikat dan meningkatkan kualiti syarikat. Antara lain adalah membina keserasian antara rakan sekerja. Melatih dan membentuk jati diri untuk menangani situasi tegang. Memberi ruang kepada semua pekerja supaya mengenali hati budi rakan kerja. Sebagi tanda penghargaan pengurusan staff.

Penganjuran ini juga memberi impak yang besar kepada pekerja malahan kepada syarikat juga. Dari team building ini mereka juga akan mengubah sikap masing-masing yang sela ni degil, tidak mendengar cakap dan dia sahaja yang betul.

Pada pandangan umum, Team building ini akan menerapkan nilai-nilai murni dan sentuhan ke hati dan jiwa masing-masing tentang asal usul kita. Ini secara tidak langsung akan menginsafkan kita. Daripada sini andai berlaku apa-apa maka semua staff akan bermaaf-maafan dan lebih harmoni dalam organisasi.

Tiada lagi rasa tidak puas hati, iri hati dang hasad dengki. Keadaan ini member petanda yang positif kepada produktif dan memberi motivasi kerja dan menghala syarikat ke arah yang lebih maju. Dari pada sini syarikat akan terus maju dan berjaya. Inilah objektif team building.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *