Notis Pembukaan Taman Negara

Sukacita dimaklumkan, Taman Negara akan dibuka semula pada 22 Febuari 2021 kepada semua pelawat.

Makluman ini bagi membolehkan pelancong yang ingin bercuti bersama dengan keluarga di Taman Negara merancang percutian dengan baik.

Taman Negara yang dibuka adalah meliputi tempat berikut:

  1. Taman Negara Pahang, Kuala Tahan
  2. Taman Negara Pahang, Sungai Relau
  3. Taman Negara Kelantan, Kuala Koh
  4. Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong
  5. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lancang, Pahang.
  6. Tapak RAMSAR Tasek Bera, Pahang.

Pelancong boleh membawa keluarga melancong ke tempat yang telah disebutkan bermula pada tarikh yang telah disebutkan.

Pelawat perlu mengingatkan diri sendiri dan keluarga agar mematuhi SOP dengan mengamalkan norma baharu. Ikut tips ini:

Amalkan 3W

  1. Wash- basuh tangan setiap kali masuk dan keluar premis.
  2. Wear- Gunakan penutup mulut, mask. Sentiasa pakai dengan sempurna. Elakkan letak mask didagu.
  3. Warn – Ingatkan keluarga supaya sentiasa amalkan wash dan wear

TInggalkan 3S

  1. Sembang dekat- Jauhkan segera orang yang bercakap dekat dengan kita. Amalkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter.
  2. Sempit- Tinggalkan tempat yang sempit. Cari tempat makan dan ruang solat yang tidak sesak. Jika perlu, bungkus makanan dan makan di dalam bilik penginapan atau kereta.
  3. Sesak- Tinggalkan tempat yang sesak. Tempat tersebut mungkin besar dan luas. Tetapi apabila tempat tersebut padat dengan orang, tinggalkan tempat tersebut.

Selamat merancang percutian. Marilah kita mengajak keluarga kita bercuti sambil berjalan dengan suasana yang selamat.

Hotline : 0126584456

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *