Mutiara Taman Negara

Mutiara Taman Negara

Mutiara Taman Negara

Mutiara Taman Negara adalah Resort yang terletak di Taman Negara. Ia merupakan salah satu resort yang dipilih apabila pelancong ke Taman Negara. Pelancong boleh tiba ke resort ini dengan menuju ke Jeti Kuala Tahan. Disini, kita hanya perlu menaiki bot orang kampung. Bayarannya hanyalah RM1.

Bot ke seberang hanya makan masa 2 3 minit sahaja. Ianya sangat dekat. Bot ini dimiliki oleh orang kampung. Pengunjung boleh terus ke jeti Kuala Tahan untuk menunggu bot yang kebiasaannya ada di situ.

Pengunjung dinasihatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di jeti tersebut. Orang kampung ada sediakan kawasan khas parking di atas. Ini kerana, kawasan tersebut akan ditenggelami air apabila hujan.

Restoran terapung

Itulah sebabnya juga ada restoran yang dibuat dengan konsep rakit disitu. Ini bagi membolehkan restoran beroperasi sepanjang masa tidak mengira aras air semasa. Restoran rakit ini sangat unik dan sangat sesuai dijadikan tempat makan sambal ambil angin.

Hotel ada menyediakan troli khas untuk membawa barang pelancong. Ini memudahkan pergerakan pelancong.

Walaupun perlu mendaki tangga, kepenatannya tidak terasa kerana pengunjung akan dihidangi dengan pemandangan alam yang mempersona. Lokasi resort yang berada di Taman Negara bersebelahan Sungai Tahan menjadi lokasi yang ideal untuk pelancong.

Environmental value

Environmental value. Inilah ungkapan yang sangat sesuai untuk Mutiara Taman Negara Resort. Ia merupakan resort yang terletak di hutan dara seluas 4,343 kilometer persegi. Untuk makluman tuan/puan, Taman Negara didirikan pada tahun 1939 dan merupakan Taman Negara pertama dan terbesar di Malaysia.

Ia juga merupakan salah satu hutan hujan tertua di dunia, yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kepelbagaian flora dan fauna di sini sangat luar biasa, menjadikannya salah satu ekosistem terkaya di dunia.

Mutiara Taman Negara Resort menjadi pilihan kerana terletak di kawasan hutan hujan yang hebat yang menghadap ke sungai Tembeling dan Tahan. Ini menjadikannya, satu Resort di dalam kawasan Taman Negara, ia adalah tempat yang ideal untuk menerokai kawasan sekitarnya. Penginapannya berkonsep chalet mirip kediaman melayu lama dengan kemudahan resort yang elegan!

Kelengkapan Mutiara Taman Negara

Ini adalah kelengkapan secara am kemudahan di sini:

87 unit penginapan masing-masing mempunyai balkoni peribadi, TV LED dengan saluran kabel, berhawa dingin dengan kipas siling, pancuran mandian air panas dengan peralatan mandian

Restoran Seri Mutiara yang menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan western dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari

Dewan, Bayan Nuri menawarkan 3 bilik mesyuarat yang merangkumi ukuran 2.920 meter persegi

Pusat Kegiatan untuk mengatur semua jenis lawatan singkat atau sehari di destinasi untuk pelancong tunggal atau berkumpulan

Kedai Serbaneka untuk memastikan anda tidak memenuhi keperluan asas yang selamat. Kedai ini menjual keropok, makanan ringan dan air minuman. Ini memudahkan pelancong untuk menyediakan makanan sepanjang aktiviti nanti.

Selain itu, jika pengunjung ingin berehat di sekitar resort, terdapat banyak kawasan redup yang sesuai untuk berehat. Kita juga boleh melepaskan anak-anak bermain di sekitar kawasan.

Hubungi kami untuk tempahan di Mutiara Taman Negara.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *