memancing di keniam

Keistimewaan Aktiviti Memancing di Sungai Keniam

Memancing di Sungai Keniam

Bak kata kaki-kaki ptancing yang pernah memancing di Sungai Keniam ini, salah satu lokasi hangat!, jika anda dapat menangkap ikan Kelah, lagi-lagi spesies Kelah Merah, bererti anda seorang pemancing yang hebat!

Eh kenapa pula kan?

Ini kerana ikan Kelah adalah ikan yang sangat sensitif dengan kawasan persekitaran atau boleh dikatakan ikan yang bijak sehinggakan bayang anda pun dapat dikesan dan tidak akan dihampiri oleh ikan Kelah ini. Bukan mudah untuk anda menggoda ikan Kelah ini untuk dijerat oleh umpan anda kerana terdapat banyak pantang-larang yang  perlu anda patuhi.  Umpannya pula bukan sebarangan. Biasanya para pemancing menggunakan umpan dari sawit peram.

Kerana itu, setiap kaki pancing pasti ingin mencabar diri sendiri untuk ke Sungai Keniam ini demi memenuhi hasrat untuk menangkap ikan Kelah Merah yang tinggi nilainya ini dan juga dilindungi oleh Taman Negara Pahang. Kerana itu, jika anda ingin memancing disini, anda perlu mendapatkan dua jenis lesen iaitu Lesen Memasuki Taman Negara dan juga Lesen Memancing.

Hari ini, penulis sempat menemuramah pemancing tegar di Taman Negara iaitu di Sungai Keniam. Beliau memaklumkan, untuk mendapatkan ikan disini ia bergantung kepada nasib dan juga teknik memancing kita.

Disini kebiasaannya pemancing memancing raja ikan iaitu ikan kelah. Ia adalah spesis ikan kelah merah. Untuk mendapatkannya bukan lah mudah. Ikannya sangat mahal di pasaran.

Tips memancingnya adalah:

  • Guna baju yang gelap. Tidak digalakkan guna baju gelap. Ada sesetangah pemancing tegar membuka baju ketika memancing dan menyorok di tempat yang tersorok.
  • Guna tali yang sesuai iaitu 8 paun hingga 15 paun. Lebih baik menggunakan tali hantu. Jika tali nya tebal sangat, ikan kelah sensitif dengan kehadiran tali pancing tebal.
  • Elakkan guna batu atau kili. Ikan yang sensitif ini akan mengesan kehadiran benda asing dengan pantas.
  • Buru ikan ini di lubuk-lubuk yang sesuai.
  • Apabila ada rezeki mendapat ikan kelah sekali di lubuk yang sempit, sebaik-baiknya pindahlah ke lubuk yang lain. Jika lubuk itu luas, tidak perlu pindah. Cuma perlu menunggu lama sedikit untuk mendapat ikan seterusnya.
  • Ikat pancing, untuk mengelakkan pancing terbang akibat umpan disambar ikan sungai yang ganas.

Sebelum tiba ke Sungai Keniam, pemancing akan bertolak dari Kuala Tahan ke Kuala Keniam melalui Sungai Tembeling. Jarak dari Jeti Kuala Tahan dari Kuala Sungai Keniam adalah 2 jam. Kemudian ke Lata Said melalui Sungai Keniam kira-kira 2 jam.

Seboleh-bolehnya, datang sehari awal dan tidur di AsiaCamp Resort, Taman Negara. Ini kerana pemancing akan bertolak ke Jeti Kuala Tahan di awal pagi. Pancing perlu mendaftar permit dan pancing di Taman Negara.  Lesen joran adalah sebanyak RM10 1 joran. Sebaik-baiknya bawa 3 joran sahaja untuk memudahkan pemerhatian terhadap pemancingan.

Pemancing akan bergerak ke Kuala Keniam anggaran pada pukul 9.00 pagi ke Kuala Keniam. Sampai di Kuala Keniam, pemancing akan mengambil pack lunch. Ini kerana perjalanan masuk ke Sungai Keniam agak mencabar.

Sewaktu ini, pemancing perlu menggunakan kasut getah untuk digunakan ketika berjalan di sungai. Ini kerana untuk mengelakkan sakit kaki ketika berjalan di sungai. ini kerana ada beberapa tempat berhenti untuk menolak bot di jeram yang cetak. Walaubagaimanapun, pemancing tidak perlu menolak bot, tekong akan menolak bot sendiri.Kebiasaannya pemancing juga akan turut membantu menolak bot.

Sebelum tiba di Lata Said, tempat pemancing akan berkhemah dan tidur, pemancing boleh singgah di beberapa lubuk. Di sepanjang Sungai Keniam terdapat banyak lubuk-lubuk yang popular iaitu Petai, Rawa, Panjang, Perkai, Rincing, Batu Terubung dan lubuk-lubuk kecil yang lain.

Apabila di Lata Said, tekong akan memasang khemah berbentuk V. Pemancing juga boleh membawa khemah sendiri untuk lebih privacy. Tekong juga akan memasak sepanjang aktiviti pemancingan.

Baiklah, selain ikan kelah, ikan Sebarau juga menjadi buruan. Tidak seperti ikan kelah, yang menggunakan teknik deep fishing, baling dan biar. Ikan sebarau dan ikan kelah biasanya menggunakan teknik casting. Teknik casting adalah teknik pemancingan baling dan tarik dengan kadar yang bersesuaian. Pemancing boleh mencuba pelbagai cara teknik casting iaitu menggunakan

  • umpan kilat, umpan yang bersisik dan berkilau menarik perhatian ikan.
  • Rapala jenis terapung di atas air.
Ikan Sebarau di Keniam

Ikan Sebarau di Keniam

Elakkan casting menggunakan umpan jenis deep fishing kerana umpan akan sangkut di tunggul kayu dan batu.

Antara tip lain yang boleh dikongsikan dari kaki pancing yang pernah ke sini adalah mencari lubuk yang terdapat biawak. Kerana mengikut hukum alam, biawak sebagai pemangsa akan mencari mangsanya (ikan). Lebih besar saiz biawak, lebih cerah peluang untuk anda mendapat jumlah tangkapan yang anda harapkan. Mudah-mudahan.

Selain itu, boleh juga gunakan anak ikan keli untuk memancing ikan toman. Anak ikan keli tidak ada dijual di Taman negara. Boleh siap- siap beli sebelum masuk ke Taman Negara.

Di samping itu, Kuala Perkai pula adalah sebuah lokasi pilihan yang popular untuk pengunjung berkhemah dan boleh memalui jalan darat jika anda seorang yang kental untuk merentas hutan yang jauhnya kira-kira 28km dari Kuala Tahan. Anda mempunyai pilihan sama ada ingin mendirikan khemah sendiri atau bermalam di Kuala Perkai Fishing Lodge yang disediakan.

Hasil memancing di keniam

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *