COVID-19: Stay safe

Melancong ke Taman Negara

Aktiviti ini samgat sesuai untuk keluarga. Bahkan ia menjadi salah satu tempat menimba ilmu sambil melancong.

Inilah kelebihan di Taman Negara. Semua guide disini telah dilatih untuk memberikan penerangan yang tepat.

Melancong ke Taman Negara bagi melengkapkan jadual tahunan keluarga boleh menjadi satu pilihan juga. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini.

Mereka bukan sahaja dilatih untuk memberi info tepat, mereka juga dilesenkan dibawah akta pelancongan.

Ini menjadi sebab utama kepada ramai ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bercuti. Suasana di luar kelas sangat mendorong anak-anak untuk belajar pelajaran yang tidak di ajar disekolah.

Antara aktiviti yang ada disini termasuklah:

A. Canopy walk way

B. Melihat ribuan ikan kelah

C. Melihat kehidupan orang asli

D. Memerhati hidupan malam ketika nigjt walk

E. Melihat puncak Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia

F. Menaiki 4×4 yang mesra famili

G. Menaiki bot panjang

H. Makan di restoran terapung

I. Memancing

Antara kelebihan lain yang ada di Taman Negara adalah kadar kehadiran pelancong yang rendah berbanding di pulau dan pantai. Tempat yang luas memudahkan penjarakan fizikal.

Lokasi ini juga kebanyakannya adalah lokasi yang terbuka dan pelancong boleh berjalan bersama keluarga dengan lebih selesa.

Marilah melancong ke Taman Negara. Taman yang telah diiktiraf sebagai hutan yang tertua di dunia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *