Kereta Tenggelam di Taman Negara

Baru-baru ini, isu kereta tenggelam di Taman Negara menjadi viral. Oleh itu, kami di pihak pengusaha resort di sini ingin menjelaskan situasi sebenar disini.

JKKK Kuala Tahan yang telah menghadapi kes ini berulang kali telah membuat 2 inisiatf iaitu:

A. Membuat signboard besar tidak dibenarkan parking di tepi sungai

B. Membuat tempat khas parking di tempat yang sesuai dan berpagar.

Oleh itu, kami ada beberapa saranan sebelum tuan/puan ke taman negara. A. Hubungi pihak resort dan dapatkan maklumat parking. Ada resort yang sediakan parking selamat untuk pelancong.

B. Dapatkan agen pelancongan berdaftar untuk memudahkan perancangan tuan/puan ketika melancong. Agen pelancongan akan banyak juga membantu dari segi jadual perjalanan, lokasi makan dan penjagaan keselamatan tuan/puan.

C. Elak parking ditepi sungai walaupun sementara. Air naik di sungai tidak seperti air pasang di laut. Air pasang di laut sedikit-sedikit akan naik. Air naik di sungai boleh jadi dalam tempoh yang singkat.

Semoga penerangan kami memberikan info bermanfaat untik tuan/puan. Silalah ke Taman Negara dan jadikan sebagai destinasi pelancongan keluarga pada tahun ini

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *