kem unit beruniform

kem unit beruniform

Kem Unit Beruniform

Pengenalan

Perkhemahan ini dianjurkan oleh pihak sekolah kami sendiri. Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri.

Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.Pada tahun ini, perkhemahan unit-unit beruniform yang melibatkan murid tahap 2 seramai 43 orang murid daripada dua unit beruniform iaitu BSMM dan TKRS.

Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru. 

Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah dan sering mendapat sambutan daripada pelajar yang menampilkan salah satu cara hidupsementara yang dilakukan di luar rumah. Perkhemahan merupakan salah satu aktivitiyang menggabungkan dua aspek utama iaitu ketahanan diri dan kemairan setiapanggota yang menyertainya. Aktiviti ini dapat melatih anggota BSMM menyelesaikansegala tugasan dengan penuh tanggungjawab.

 

Kelebihan Kem Unit Beruniform

    Melalui Kem Unit Beruniform, anggota BSMM dapat mempraktikkan segala kemahiran.Selain itu,  melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta dipertanggungjwabkan menguruskan kesemua kegiatan hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun contohnya, memasak, membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya.

Kem ini dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa. Sesetengah-sesetengah mereka tidak mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka dapatmelihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu batan.dan sebagainya. Sesetengah tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu batan ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu.

 Objektif, rasional dan matlamat utama dalam aktiviti-aktiviti perkhemahan ini ialah,memantapkan jati diri rakyat Malaysia khususnya belia-belia melalui pengalaman (Experiential Learning) dan pengembaraan ke arah menyumbangkan kepada pembangunan negara yang mempunyai warganegara yang lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.

Membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui latihan pengalaman dan pengembaraan untuk meningkatkan serta menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari, kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk berjaya, kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berpasukan.Untuk memupuk nilai-nilai individu, khususnya kepada para belia sebagai penyumbang kepada masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna dalam masyrakat yang dinamik. Nilai-nilai yang hendak dipupuk melalui aktiviti perkhemahan ialah kepintaran, berdikari dan semangat keusahawanan.

Kesedaran dan keyakinan diri yang lebih tinggi.Disiplin, sifat bertanggungjawab, dan tekad untuk berjaya.Interaksi kumpulan dan antara individu serta kepimpinan yang meningkatkan keupayaan     untuk bekerja secara berpasukan.Sifat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal dan sikap penyayang bertimbang rasa sesama manusia.

Hari Pertama

Perjalanan kami mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke destinasi.Ketika di dalam perjalanan kami kesini.Kami menikmati keindahan kampung dan bandar yang terdapat di Jerantut. Sampainya kami di resort kami sangat seronok kerana resort asia camp sangat cantik.Chalet disana sangat cantik kerana ada beberapa chalet yang menghadap sungai.Dan di resort itu juga ada jambatan gantung.Disitu kami berpeluang untuk menangkap gambar untuk buat kenangan kami semua.Disitu suasana sangat nyaman kerana jauh dengan Bandar.Udara di kampung ini sangat bersih.

Pada pukul 2 petang kami diarahkan oleh guru pengiring kami untuk mendirikan khemah di tapak yang disediakan.Ada beberapa petua untuk perkhemahan yang kami belajar.Antaranya ialah.

            1.Dipasang atas tapak yang sesuai yang telah dipilih.

           2.Bahagian belakang khemah menghadap arah angin

           3.Di tempat berpasir atau tanah lembut

           4.Gunakan kayu untuk menguatkan pacakkan bagi mengukuhkan khemah

           5.Pancang khemah hendaklah bersudut tepat atau seimbang dengan tanah apabila dipacak.

           6.Jarak antara satu khemah ke khemah yang lain sebaiknya antara 5-8 meter.

Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan.Kumpulan ini dibahagikan supaya perjalanan aktiviti kami berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.Kami juga turut diberi seorang pemandu pelancong untuk setiap kumpulan.Pemandu pelancong disini sangat berpengalaman dan juga sangat peramah.Kami seperti sudah lama mengenali mereka walhal kami baru sahaja mengenali mereka.Di samping itu,pekerja-pekerja di asia camp juga turut membantu kami jika kami memerlukan apa-apa yang masih tidak cukup. Selain itu, saya dan rakan-rakan yang menyertai pasukan pengakap juga diajar cara-cara untuk mendirikan khemah.

Hal ini dikatakan demikian kerana kami perlu mendirikan khemah sendiri tanpa bantuan guru pengajar sewaktu perkhemahan dijalankan. Dalam aktiviti ini, kami diajar teknik mencari batu yang sesuai, kayu yang kukuh, dan mengetahui kelengkapan yang perlu disediakan untuk mendirikan khemah. Di samping itu, kami juga diingatkan agar sentiasa mengingati kata-kata orang tua iaitu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing sewaktu mendirikan khemah bersama kawan-kawan. Dengan berbuat begitu, bukan sahaja khemah yang kukuh dapat didirikan, malah hubungan persahabatan yang utuh seperti isi dengankuku dapat dibina.

        Aktiviti kami bermula pada pukul 4 petang iaitu pergi perkampungan orang asli.Aktiviti ini menaiki bot dan melalui sungai Pahang.Pemandangan sungai yang sangat cantik ketika dalam perjalanan ke sana.Perjalanan kami mengambil masa 15 minit untuk ke perkampungan tersebut.Kami disediakan juga seorang pemandu pelancong yang sangat berpengalaman mengenai orang asli tersebut.Pelbagai aktiviti yang kami lakukan disana antaranya ialah bermain sumpit,menyalakan api mengunakan buluh rotan,dan memasak (cooking survival) .

Aktiviti ini mengambil masa yang lama tapi sangat berharga kepada kami.Aktiviti sumpit ini adalah salah satu budaya penduduk orang asli disini kerana mereka menggunakan sumpit untuk memburu binatang.Menyalakan api menggunakan buluh rotan juga sangat menarik kerana kami dapat belajar sesuatu yang baru.Pengalaman ini mungkin kami boleh gunakan    untuk perkhemahan kami suatu hari nanti.Sebelum ini kami hanya diajar menggunakan batu,tetapi ini adalah satu kelainan menggunakan buluh rotan.Apa yang kami nampak uniknye di perkampungan orang asli itu ialah rumah mereka.

Rumah mereka hanya menggunakan buluh dan pelepah daun sahaja.Rumah yang sangat kecil tetapi menarik bagi kami.Antara faedah yang kami dapat ketika melakukan aktiviti tersebut adalah kami dapat lihat sendiri fizikal orang asli,dapat mengenali budaya mereka,dapat dengar bahasa dan percakapan mereka dan juga dapat memberi sumbangan dari segi makanan untuk keperluan hidup mereka.Disitu juga kami telah memasak untuk diberikan kepada penduduk orang asli tersebut.Makanan yg kami masak adalah nasi tetapi menggunakan buluh,dan juga beberapa jenis lauk.Kami gembira kerana mereka menyambut kami dengan baik sekali.Walaupun hidup mereka hanya sederhana tetapi mereka mampu bergembira seperti orang lain.Selesai melakukan segala aktiviti kami pulang semula ke Resort untuk siap sedia aktiviti seterusnya.

 Selepas makan malam dan solat Isyak kami meneruskan aktiviti Night Jungle Walk.Aktiviti ini membuatkan saya berasa teruja untuk melakukan kerana ini adalah pertama kali untuk saya berada dan merasai sendiri suasana dan keadaan pada waktu malam di dalam hutan yang tebal. Banyak informasi yang kami dapat sepanjang kami melakukan aktiviti ini.Terdapat pelbagai serangga dan binatang yang liar di waktu malam.Antaranya ialah kala jengking,ular,tapir dan pelbagai lagi.Terdapat juga serangga yang kami tidak pernah melihat dan ada di dalam hutan tebal ini.Apa yang saya rasa sangat teruja adalah melihat kala jengking kerana saya tidak pernah melihat kala jengking berubah warna.Kala jengking ini akan berubah warna apabila kita dipancarkan cahaya lampu  ke arahnye.Warna kala jengking itu akan berubah warna menjadi kehijauan atau dalam bahasa inggerisnya glow in the dark.Baru saya tahu kala jengking jarak penglihatannya sangat terhad kerana jika dia berada jauh daripada sarangnya dia tidak akan kembali semula kerana sudah tidak dapat menjejaki tempat asalnya.Dan disebabkan itulah ia tidak akan berada jauh daripada sarangnya.Selaim itu,kami juga berpeluang melihat tapir.

Tapir adalah salah satu haiwam yang menjadi tumpuan para pelancong apabila mengunjungi Taman Negara.Tapir ini berwarna hitam dan putih sahaja.Tapir di Taman Negara hanya kadang-kadang sahaja ianya keluar dan kami bertuah kerana dapat melihatnya.Tapir disini kami hanya dapat melihat dari jauh kerana tapir ini ada ketikanya dia berkelakuan agresif kepada orang sekelilinya.Jadi kami dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika ingin bergambar atau memegangnya.Aktiviti ini ambil masa selama 2 jam.Kami berasa sangat seronok dan teruja sekali untuk aktiviti ini.Kami berasa bangga kerana pernah merasa masuk ke dalam hutan yang tertua di Malaysia.Antara faedah yang kami dapat adalah dapat lihat haiwan dan serangga yang aktif pada waktu malam,dapat mengenali banyak serangga di dalam hutan tebal Taman Negara,dapat merasai suasana hutan di waktu malam dan dapat mengeratkan hubungan dengan staff dan juga ahli kumpulan.

 Apabila pulang dari aktiviti kami juga disediakan moreh oleh pihak Asia Camp Resort.Sambil kami makan kami berkongsi pengalaman dan rasa keterujaan untuk aktiviti yang kami lakukan siang hari dan malam ini.Kami semua meletakkan pengalaman ini adalah pengalaman yang sangat bermakna untuk kami.Kami juga berasa tidak sabar untuk melakukan aktiviti terakhir kami.Dan kami juga berasa sedih kerana ini adalah malam terakhir kami disini.Kami seperti tidak mahu pulang kerana tidak puas lagi untuk mengenali Taman Negara disini.

Hari Kedua

    Keesokkannya,sebelum kami balik ke sekolah kami juga sempat melakukan aktiviti jungle trekking.Aktiviti ini megambil masa selama 3 jam.Kami melalui laluan yang sama dengan aktiviti night walk pada malam semalam.Tetapi pemandangan di waktu siang.Aktiviti ini kami lebih banyak megenali jenis pokok dan juga tumbuh tumbuhan.Terdapat banyak pokok-pokok yang tinggi yang sudah hidup lebih 100 tahun yang lalu.Dan juga pelbagai tumbuhan yang kami tidak pernah lihat sebelum ini.Aktiviti ini juga membawa kami untuk merasai sendiri menaiki canopy walkway atau jambatan gantung yang tepanjang di Malaysia.

Kami sangat teruja sekali menaiki jambatan tersebut kerana apabila kami berada di atas ia sangat mengayatkan.Selain itu juga kami merasai menaiki salah satu bukit yang menjadi tumpuan pelancong disini.Bukit yang diberi nama Bukit Teresek. Perjalananke bukit teresik megambil masa 1 jam untuk sampai ke puncak.Kami mendaki dengan gigihnya kerana sangat teruja untuk melihat pemandangan dari atas bukit tersebut.Apabila kami sampai di puncak bukit kami berasa sangat kagum kerana pemandangan disitu sangat menarik kerana dapat melihat seluruh hutan taman Negara. Kami berehat dan tangkap gambar untuk dijadikan kenangan sebelum kami pulang ke sekolah kami. Apa kebaikan yang kami dapat ketika menyertai aktiviti ini adalah dapat lihat view yang cantik di kaki gunung tahan,dapat mengenali banyak tumbuhan dan pokok-pokok yang ada di dalam hutan Taman Negara,dapat merasai sendiri mendaki bukit hingga ke puncak,merasai sendiri meniti jambatan gantung yang terpanjang di Malaysia,dapat lihat view yang cantik dan dapat lihat serangga dan haiwan yg ada di hutan tebal tersebut.

         Disamping itu juga kami belajar adab-adab ketika berada di dalam hutan.Antara adab ketika berada di dalam hutan ialah jangan pernah meredah hutan secara bersendirian.Ini banyak risikonya seperti sesat dan dikhuaturu menjadi sasaran binantang buas.Pastikan anda diiringi atau ditemani oleh seseorang yang ada pengalaman.Sentiasa berpasangan dengan kawan anda.Ingat kawan kembar anda bila anda berjalan di dalam hutan.Jika bertrekking secara berkumpulan melebihi 5 orang dan ke atas,sentiasa pastikan ade seorang jurupandu atau leader yang berpengalaman mengetuai kumpulan.Dan seorang ‘last man’ yang juga ada berpengalaman untuk cover belakang.Jangan pernah putuskan kawanan ketika berjalan dalam kumpulan.Seandainya putus,berilah signal bunyi supaya kawanan yang di hadapan dapt perlahankan pergerakan.Pastikan sentiasa sediakan Medic Kit in case jika berlaku sebarang kejadian kemalangan kecil.Jangan pernah tinggalkan rakan anda dibelakang terlalu jauh.Selalu toleh kebelakang untuk memastikan anda dalam jarak yang tidak begitu jauh dengan orang lain.Walaupun anda seorang ‘sprinter’ tetapi hormatilah rakan anda yang tidak laju dalam berhiking atau trekking.Inilah yang dinamakan OWESOME HIKERS.

      Untuk pengetahuan semua selain aktiviti night jungle walk, jungle trekking, visit orang asli dan juga rapid shooting, disini juga ada beberapa aktiviti yang menarik lagi. Antaranya ialah night safari, mandi di lata berkoh, santuari ikan kelah, night river, and water rafting. Disebabkan masa kami terlalu singkat disini, jadi kami tidak dapat membuat aktiviti yang lain.Saya berhasrat untuk datang semula ke sini bersama keluarga atau kawan untuk merasai aktiviti yang disediakan.

      Selesai semuanya maka tamatlah program kami selama 2 hari 1 malam di Asia camp Resort. Pelbagai faedah da pengalaman yang dapat diperoleh semasa aktiviti ini berlangsung. Antaranya ialah kami dapat mendisiplinkan diri, mengisi masa lapang,meningkatkan keyakinan diri dan sebagainya.Disamping itu  kami juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar,guru dan juga pemandu pelancong yang mengiringi kami untuk beberapa aktiviti.

Selain itu kami juga sangat seronok melakukan semua aktiviti,boleh kenal dengan hutan Taman Negara,dapat melihat kampuan yang ada dan juga sungai Pahang,dapat mengenali budaya orang kampung dan juga dapat mengenali penduduk kampung disini.Kenangan dan pengalaman ini tidak dapat kami lupakan.Terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kem unit beruniform ini berlangsung. Kami berharap aktiviti seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa hadapan.Dan juga kami dapat berpeluang lagi sekali untuk menjejaki kaki kami di Taman Negara ini kerana disini sangat tenang dan menarik.

Terima Kasih juga untuk team Asia Camp kerana menyambut kehadiran kami dengan baik sekali.

EllyHasyimarHashim.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *