Dekati Orang Asli Batek

Asal-usul Batek

“Batek” atau nama gelaran lain seperti Batik, Ngok dan Batek Herb (Orang Hutan), adalah suku bangsa Orang Asli. Majoriti kaum mereka kebanyakannya di Kelantan. Manakala sebahagian lagi di Pahang dan Terengganu yang telah bercampur dengan Orang Asli dari suku bangsa Semoq Beri.

Mereka ini berasal dari suku Negrito yang boleh dilihat dari ciri-ciri fizikal seperti berambut kerinting halus, berkulit hitam manis, serta bentuk wajah yang bulat dan lebar. Penghijrahan mereka ke Malaysia bermula sejak beribu-ribu tahun yang lampau iaitu dari Indo-China dengan berjalan kaki merentasi gunung-ganang. Mereka juga dipercayai mengakses jalan masuk ke kawasan pedalaman di Malaysia melalui Thailand.

Gaya Hidup Kaum Batek

Cara hidup suku kaum Orang Asli Batek ini agak ketinggalan berbanding dengan suku kaum Orang Asli Melayu Proto di mana mereka masih mengamalkan tradisi dan adat resam kaum mereka. Rumah pondok mereka masih menggunakan daun-daun hutan, buluh, dan berupa seperti bangsal. Terdapat lebih kurang 15 – 20 rumah pondok yang terdapat di dalam perkampungan mereka di Kampung Dedari, Pahang.

Kelangsungan hidup mereka bergantung kepada aktiviti memburu dan mengumpul hasil hutan. Keperluan ini membentuk pilihan mereka untuk hidup dekat dengan hutan yang bagaikan sebuah pasaraya buat mereka.

Amalan turun-temurun Orang Asli Batek ini adalah hidup secara nomad iaitu berpindah-randah. Walaupun begitu, mereka kini telah mula menetap di lokasi yang tertentu dengan membina rumah sendiri. Pada waktu-waktu tertentu, mereka tetap juga mempunyai rutin bergerak masuk ke dalam hutan atau di gigi-gigi sungai dan membina penempatan sementara untuk tujuan mengumpul hasil hutan. Segala hasil hutan ini akan menjadi sumber pendapatan mereka yang dijual di pasaran luar dan juga untuk kegunaan kehidupan harian mereka.

Amalan Agama Dalam Hidup

Suatu masa dahulu, Orang Asli Batek memiliki kepercayaan terhadap alam sekeliling atau semangat, roh dari hutan atau dikenali sebagai kepercayaan animisme. Kini, mereka telah mendapat pendedahan tentang kehidupan beragama dan semakin ramai yang memeluk agama Islam, Buddha dan sebagainya.

Bercuti dan Team Building di AsiaCamp

AsiaCamp adalah sebuah organisasi yang menyediakan lokasi latihan berasaskan modul team building dan juga tempat penginapan yang membawa anda lebih dekat dengan alam semulajadi.

Antara servis yang ditawarkan oleh AsiaCamp adalah:-

1. Penempatan Kem Latihan dan Rekreasi, ekslusif resort dan Kabin chalet.

2. Katering

3. Modul korporat seperti Team Building, Training Need Analysis dan SWOT

4. Pengurusan acara dengan tawaran harga terendah bagi program sekolah seperti kem motivasi, kem kepimpinan, kem kerohanian dan sebagainya.

Terdapat 3 lokasi penginapan yang disediakan dan ketiga-tiganya dibina bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan di lokasi masing-masing.

A. Kem Rekreasi AsiaCamp, Kuala Kubu Baru

Menyediakan servis menyediakan lokasi latihan, modul latihan, latihan dalaman dan juga latihan yang berasaskan rekreasi. Mempunyai 36 buah bilik asrama yang boleh memuatkan 2,000 peserta pada satu masa. Makanan pagi, tengahari, minum petang, dan makan malam dan disediakan oleh staff kantin yang berpengalaman dan terbaik yang berasaskan makanan orang kampung tempatan.

Pelbagai aktiviti yang disediakan disini yang menyeronokkan, menenangkan, mencabar dan mengujakan. Antaranya adalah explorace, trust fall, flying fox, treasure hunt, memanah, abseiling dan banyak lagi.

B. AgroKabin AsiaCamp, Tanjong Karang

Di Tanjong Karang juga terdapat sebuah lagi lokasi penginapan yang dibina oleh AsiaCamp iaitu Cabin Sungai Sireh yang menyediakan 22 buah kabin dan sebuah dewan yang boleh memuatkan 300 peserta pada satu masa.

Di sini, anda dapat mencipta pengalaman dengan menyertai aktiviti gaya hidup tempatan seperti menuai padi secara tradisional, menangkap ikan menggunakan tangan, mencabut ubi kayu, membersihkan serai, memancing, mengejar ayam dan banyak lagi. Manakala, untuk aktiviti luar pula adalah seperti berkayak, arung sungai, arung buluh, apung di sungai, hari keluarga, orientasi dan kem rekreasi.

C. Resort AsiaCamp, Taman Negara Pahang

Disediakan dalam kawasan hutan tertua di dunia iaitu Taman Negara di Kuala Tahan, Pahang. Resort ini menyediakan penginapan yang ekslusif dan kemudahan yang lengkap termasuklah restoran yang berhampiran. Selain team buiding, terdapat banyak aktiviti di Taman Negara yang anda boleh lakukan seperti memerhati haiwan liar, menerokai gua-gua, mandi-manda di sungai, mendaki gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan banyak lagi.

Ketahuilah bahawa pelatih-pelatih di bawah AsiaCamp mempunyai kelayakan dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad iaitu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Demi memastikan program dan aktiviti berjalan dengan selamat, AsiaCamp mengamalkan Sistem Pengurusan Penilaian Risiko dan juga Prosedur Operasi Standard.

Mendekati Alam Semulajadi Dengan Berkhemah di Taman Negara

Apabila anda memilih untuk bercuti untuk meneroka Taman Negara, masukkan aktiviti berkhemah di sini untuk mencipta pengalaman baru bersama keluarga dan rakan-rakan. Kebanyakan dari kita, apabila ditanya “bilakah kali terakhir anda melakukan aktiviti berkhemah?”, jawapannya adalah semasa di sekolah.

Inilah peluang untuk anda merasa pengalaman berkhemah di tengah-tengah hutan yang telah berusia berjuta tahun, bersebelahan dengan sungai, diselubungi suasana hutan, didendangkan dengan nyanyian cengkerik dan pelbagai lagi.

Terdapat empat lokasi yang dijadikan sebagai tapak perkhemahan bagi para pengunjung.

Dua lokasi yang sesuai bagi mereka yang masih baru dalam dunia perkhemahan atau masih nak mencuba-cuba adalah tapak perkhemahan di Mutiara Taman Negara dan juga tapak perkhemahan Dakili yang mempunyai kemudahan tandas dan bilik mandi yang baik. Tapak perkhemahan ini berdekatan dengan banyak restoran serta kawasannya diterangi cahaya lampu yang terang. Lokasi ini juga berada berhampiran dengan sungai. Anda hanya perlu membayar RM5 sahaja seorang untuk bermalam disini.

Lokasi ketiga tapak perkhemahan adalah di tapak perkhemahan Dan’z Travel yang berada bertentangan dengan jeti Titian Kanopi di mana anda dapat membina unggun api, memancing di sungai yang berpasir serta disini suasananya kurang bunyi bising.

Lokasi ketiga adalah di AsiaCamp Resort. Disini, disediakan tapak khemah lereng bukit di tepi sungai yang selamat dari ditenggelami air apabila air naik. Bukan sahaja pelanggan dapat menikmati ketenangan air sungai, bahkan kedudukan tapak perkhemahan hanya bersebelahan dengan hutan taman negara menaikan sentimen yang unik kerana kawasan ini tidak ada pelancong yang beraktiviti disini. Ini membolehkan suasana yang bersifat ekslusif dirasai oleh pengunjung. Di samping itu, AsiaCamp Resort juga menyediakan dewan berhawa dingin dan kemudahan seminar bagi mana-mana institusi yang ingin menjalankan aktiviti berkhemah di dalam jumlah peserta yang ramai. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini termasuklah kem unit beruniform, kem motivasi dan kem team building.

Akhir sekali, anda boleh memilih untuk berkhemah di Lubuk Tenor dimana ia lebih mencabar dan sesuai bagi pengunjung yang berpengalaman dalam perihal berkhemah. Lokasi ini berada sejauh 3 jam atau 30 minit perjalanan menaiki bot dari ibu pejabat. Disini, anda akan dapat menikmati pemandangan sungai yang menakjubkan, berenang bersama ikan kelah serta pengalaman berkhemah tanpa disediakan tandas dan tiada kedai makan.

Selain itu, terdapat juga lokasi perkhemahan yang lain seperti di sepanjang Sungai Tembeling dan juga di Gua Kepayang Besar.

Apabila berkhemah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian terutama apabila berada disini. Etika perkhemahan mestilah dijaga untuk membolehkan flora dan fauna terus terpelihara. Etika perkhemahan adalah :

a. Tetapkan waktu berhibur :

Apabila berada di kawasan perkhemahan, mestilah memastikan aktiviti kita tidak menggangu peserta perkhemahan yang lain. Seelok-eloknya tentukan masa berhibur dan santai dilakukan sebelum pukul 10.00am.

b. Pengurusan sampah mestilah dilaksanakan dengan baik :

urus penggunaan bahan supaya sampah yang akan terhasil sepanjang aktiviti di dalam kadar minimum. Sampah yang banyak akan menyebabkan peserta sukar untuk menguruskannya. Oleh itu, setiap sampah yang dibawa masuk mestilah dibawa keluar.

c. Tidak memetik daun atau mematahkan dahan tanpa sebab kecemasan :

Kadar pertumbuhan pokok sangatlah pelahan, Seandainya pokok dipatahkan ranting dan dahannya, ia mengambil masa yang lama untuk tumbuh semula.

d. Tidak menconteng batu dan menoreh dahan :

Kawasan taman negara telah menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada dunia yang kita mampu menjadi destinasi pelancongan yang ideal dan dicontohi orang luar.

Kegiatan perkhemahan pula adalah kegiatan yang begitu menyeronokkan, apatah lagi ianya akan menjadi pengalaman yang begitu istimewa buat yang melakukannya bersama sahabat atau rakan-rakan. Walaubagaimanapun, faktor keselamatan mestilah dijadikan keutamaan bagi memastikan perkhemahan berjalan dengan keadaan yang baik. langkah keselamatan yang harus diambil adalah :

a. Tentukan khemah dikunci dengan baik :

Pencahayaan di kawasan perkhemahan biasanya adalah dalam kadar yang minimal untuk membolehkan kita melihat suasana hutan dengan jarak yang jauh. pencahayaan yang begitu terang akan menyebabkan panorama hutan disekeliling tidak dapat dilihat dengan baik. Kita mestilah memastikan khemah dikunci untuk mengelakkan kemasukan serangga dan haiwan kecil berbisa. Haiwan jenis ini sukar untuk masuk kerana kehadiran bau manusia, walaubagaimanapun langkah-langkah pencegahan mestilah dibuat. Ianya seperti dirumah, kita perlu mengunci rumah sepanjang masa, begitu juga halnya dengan perkhemahan

b. Makanan manis atau makanan ringan :

Makanan ini yang telah dibuka mestilah dihabiskan atau diikat dengan begitu kemas. Apabila semut masuk kedalam khemah sewaktu malam telah larut, ini menyukarkan kita untuk meneruskan aktiviti kerana perlu menumpukan kerja-kerja pembersihan.

c. Kasut bertutup mestilah ditebalikan dan disimpan bawah khemah :

Bayangkanlah apabila kasut yang dibiarkan bersepah ditumpang oleh katak, mestilah kecoh satu tapak perkhemahan kita. Alangkan didepan rumah kampung pun katak akan menumpang, inikan pula di kawasan hutan. Kasut mestilah juga disimpan dibawah khemah untuk mengelakkan dari kebasahan dan meningkatkan kekemasan di dalam berkhemah.

d. Paralatan tajam disimpan disebelah kiri hadapan khemah :

Tentukan peralatan ini ditutup kemas. Jadikan ini standard kepada semua jenis perkhemahan kita. Apabila kita tidur atau berehat, kita sudah tahu dimana kedudukan peralatan ini sekaligus mengelakkan kecedaraan yang tidak diduga

e. Beg mengandungi ubatan peribadi disimpan disebelah kanan hadapan khemah :

Bayangkan apabila rakan kita mengalami asma, ada yang memerlukan ubat dalam kadar segera. Sudahlah kita berkhemah dikawasan hutan, jangan jadikan kawasan dalam khemah kita juga seperti hutan yang tidak disusun. Apabila berlaku kecemasan, ubat ini dapat dicapai dengan kadar yang segera.

f. Jangan berkhemah digigi air :

Pastikan anda membuat senarai barang keperluan yang lengkap dan membuat carian secukupnya tentang tip-tip dan perkara yang penting tentang akviti berkhemah. Ini adalah penting bagi memastikan aktiviti berkhemah anda berakhir dengan pengalaman yang anda mahu alami semula!

Keunikan Perkampungan Orang Asli Batek

Orang Asli Batek

Alami keunikan kehidupan Orang Asli suku kaum Batek di Jeram Dedari. Di dalam kawasan Taman Negara di mana hutan adalah ‘pasar makanan’ bagi mereka. Siapa sangka, di kala kebanyakan golongan Orang Asli di Malaysia yang semakin membenarkan arus pemodenan hadir ke dalam kehidupan seharian mereka, suku kaum Batek ini masih kekal dengan adat dan tradisi lama mereka.

Rumah iaitu pondok kecil mereka yang diperbuat daripada daun langkap dan rotan yang dijadikan atap dan dinding. Pakaian mereka dijadikan ‘kain langsir’ dan ‘pintu’ untuk menutup ruang-ruang terbuka di rumah mereka. Bagi mereka, inilah cara hidup yang selesa dan ‘syurga’ buat mereka. Walaupun bagi kita ia adalah gaya hidup yang primitif, penuh kekurangan, tiada kemudahan asas yang selesa.

Ada kira-kira 10-15 keluarga suku Batek yang tinggal di Kampung Orang Asli Dedari ini. Ianya merupakan penempatan terbesar mereka yang terletak berhampiran Sungai Tembeling. Apabila anda berkunjung ke sini selepas menaiki bot dari Kuala Tahan, anda akan disambut dengan mesra oleh sekumpulan kanak-kanak. Manakala, kaum wanita mereka pula kebanyakannya sangat pemalu. Oleh itu, jika ada yang tidak berlari menyorok, anda dikira bernasib baik dapat bertemu mereka.

Kemudian, mereka akan menunjukkan pelbagai demonstrasi aktiviti kemahiran hidup kaum Batek seperti menghidupkan api menggunakan rotan dan kayu meranti, cara membuat sumpit dan menyumpit, membuat kraftangan dan sebagainya.

Kelangsungan hidup mereka sebahagiannya bergantung kepada memburu haiwan iaitu melalui menyumpit dengan menggunakan mata damak. Mereka menjadikan tupai, kera, monyet dan burung sebagai sumber makanan. Di sini, anda akan berpeluang merasai pengalaman menggunakan sumpit yang akan diajar oleh pemandu pelancong mereka. Komunikasi anda bersama mereka akan diterjemahkan oleh wakil Tok Batin mereka dimana hanya beliau sahaja yang mahir berbahasa Melayu.

Kaum Batek ini hidupnya nomad iaitu sering berpindah-randah apabila hasil hutan sudah semakin kurang. Tetapi, mereka tidak akan berpindah ketika musim tengkujuh berlangsung iaitu dari Oktober sehingga Januari. Ini kerana, mereka bergerak melalui pengangkutan air. Jalan air ketika musim ini adalah bahaya untuk mereka.

Anda akan terpaut dengan gaya hidup mereka, kebersihan kawasan perkampungan dan tradisi mereka serta kebaikan dan kemesraan mereka sepanjang berada disitu. Sorakan “Oo elah! Oo elah!” dari mereka yang juga bermaksud “Selamat pulang! Selamat pulang!” pasti akan terngiang-ngiang saat anda dalam perjalanan pulang meninggalkan kampung mereka.

Mendaki Gunung Tahan, Gunung Tertinggi di Semenanjung Malaysia

Gunung Tahan

Adakah anda seorang yang sukakan cabaran dari alam? Pernahkah anda membayangkan diri anda mendaki gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia dan merupakan salah satu gunung yang sangat mencabar untuk didaki?

Ya! Gunung yang mempunyai puncak berketinggian 2,187m dari aras laut ini berada sejauh 32km dari Kuala Juram, Sungai Relau dan Merapoh serta 53km dari Kampung Kuala Tahan. Anda perlu naik dan turun bukit-bukit, meredah sungai, merentas hutan yang jaraknya sangat jauh serta bermalam di dalam khemah selama beberapa malam untuk menakluki puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia ini.

Cabaran untuk menakluki gunung keenam tertinggi di seluruh Malaysia ini memerlukan anda untuk mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang kuat. Jika tidak, anda perlu melalui latihan ketahanan fizikal dan mental yang secukupnya sebagai persediaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Bayangkan diri anda berjaya sampai di puncak di mana anda bakal terpesona dengan keindahan Banjaran Tahan yang terbentang luas saujana mata memandang dan perjalanan anda dihiasi oleh deretan pepohon bonsai. Untuk ke Gunung Tahan ini anda boleh memilih sama ada untuk bertolak dari Kuala Tahan atau Merapoh.

Pelbagai spesies flora dan fauna menanti untuk menyambut kedatangan anda seperti pepohon gergasi, kulat dan cendawan yang sangat jarang dapat dilihat serta berpengalaman merentasi empat sungai yang airnya sejuk dan jernih hingga anda boleh melihat ikan-ikan berenang bermain di celah-celah batu, dan air terjun yang mempesonakan.

Tambahan lagi, kawasan Gunung Tahan ini sememangnya dipelihara baik oleh pihak pengurusan TamanNegara  kerana setiap pendaki wajib melakukan pengisytiharan barang-barang yang akan dibawa semasa mendaki. Ini kerana, setiap barang yang dibawa pergi harus dibawa pulang bersama kecuali sisa-sisa makanan yang boleh terhapus. Langkah ini diwujudkan demi memelihara keindahan dan keaslian Gunung Tahan supaya kekal sepanjang zaman.

Adalah penting untuk anda pastikan barang-barang di dalam beg anda dibalut dengan plastik dan diikat kemas-kemas kerana perjalanan di sungai bersama batu-batu yang licin ini mungkin akan membuatkan anda tergelincir ditambah dengan bebanan beg yang berat membuatkan langkah anda tidak seimbang.