Konservasi Gajah| Elephant Conservation pt. 11

Konservasi Gajah| Elephant Conservation pt. 11

PERKARA YANG TIDAK PATUT ANDA LAKUKAN JIKA INGIN MEMBANTU GAJAH | THINGS NOT TO DO IF YOU SUPPORT ELEPHANT

  • Jangan menunggang gajah. Dibahagian belakang meraka adalah rapuh dari kita sangkakan. | Don’t ride elephants. Their backs are much more fragile than they seem.
  • Jangan melawat “tempat perlindungan” yang wujud hanya untuk mendapatkan wang dari pelancong. | Don’t visit “shelters” that exist only to make money from tourists.
  • Jangan pergi ke menunjukkan tempat gajah digunakan sebagai hiburan atau dibuat untuk melakukan helah. | Don’t go to shows where elephants are used as entertainment or made to perform tricks.
  • Jangan membeli produk gading – atau produk gading yang disyaki. | Don’t buy ivory products – or suspected ivory
    products.
  • Jangan menyokong zoo yang membeli gajah dari pemburu atau mengambil gajah dari liar. | Don’t support zoos that buy elephants from poachers or take elephants from the wild.
  • Jangan melawat tempat-tempat di mana anda mungkin secara tidak sengaja menemui gajah dan menyebabkan konflik manusia-gajah. | Don’t visit places where you might inadvertently encounter elephants and cause human-elephant conflict.

Konservasi Gajah| Elephant Conservation pt. 10

Konservasi Gajah| Elephant Conservation pt. 10

TANPAMU SIAPALAH AKU | WHO AM I WITHOUT YOU

Setiap gajah mempunyai belalai. Panjangnya boleh mencapai sehingga 1.8m. ia terbentuk dari bahagian hidung dan bibir atas gajah. Setiap belalai gajah dewasa boleh menyedut dan menyimpan sehingga 8 liter air. | Each elephant has a trunk. The length can reach up to 1.8m. it is formed from the nose and upper lip elephants. Every adult elephant trunk can inhale and store up to 8 liters of water.

Apa itu ‘belalai’? | What is ‘trunk’?

Gajah bernafas dan menghidu melalui belalainya, oleh itu ia sama seperti hidung.
| Elephants breathe and sniff through the trunk, so it’s just like the nose.

Gajah mengutip dan menggangkat bebanan menggunakannya, jadi ia sama seperti lengan. Sekecil kacang dan sehalus rumput boleh dikutip dengannya. Maka ia sama seperti tangan dan jari.
| The elephants quoted and loaded the burden using it, so it’s the same as the arm. Small pea and small as grass can be collected with it. So it’s just like hands and fingers.

Gajah membuat bunyi yang kuat menggunakannya, lantas ia sama seperti trompet.
| The elephants make a loud noise using it, and it’s just like the trumpet.

Air minuman disedut melaluinya dan gajah akan menggunakannya untuk mandi dan menyembur badannya seperti hos air.
| Drinking water is sucked through it and elephants and uses it to shower and spray his body like water hose.

Ketika berada di bawah air, gajah menggunakan belalainya sebagai snorkel untuk bernafas.
| When underwater, elephants use their trunk as a snorkel to breathe.

Konservasi Gajah| Elephant Conservation pt. 9

Konservasi Gajah| Elephant Conservation pt. 9

KERJA BERFAEDAH | USEFUL WORK

Di dalam hutan, gajah boleh dianggap sebagai pekerja pelbagai tugas yang banyak memberi faedah kepada haiwan lain. | In forest, elephant could be perceived as employee various huge amount of duties benefiting to other animals.

  • Gajah adalah haiwan pemakan daun (herbivor). Oleh itu, banyak haiwan seperti pelanduk, rusa, seladang dan juga tapir telah dapat menikmati lebihan makanan gajah yang lazat! | Since elephants are herbivores, other similar animals like mousedeers, deers, gaur and tapir often benefit by consuming the leftoversof elephants delicious meal!
  • Apabila gajah memakan daun-daun pokok, mereka sebenarnya membantu tumbuhan bawah hutan untuk mendapatkan lebih banyak cahaya matahari. Gajah juga membantu dalam penyebaran biji benih pokok di dalam hutan. | By feeding on leaves of tree, the elephants indirectly help the undergrowth to receive more sunlight. The elephants also contribute in dispersing seeds in the forest.
  • Pergerakan gajah di dalam hutan sering menumbangkan pokok dan mewujudkan laluan atau denai semula jadi. | The elephant’s movements in the forest will cause trees to full along their way and often create natural trails or trails.

Konservasi Gajah| Elephant Conservation pt. 8

SELERA BESAR | BIG APPETITE

Di alam semula jadi, gajah menghabiskan harinya dengan makan. Gajah dewasa makan sebanyak 150 kg hingga 200 kg makanan. Anda mungkin tertanya-tanya kenapa selera gajah sangat besar? | In the wild, elephant devotes about threequarters of its day to feeding. An adult elephant eats between 150 kg to 200 kg of food. Why the big appetite, you might ask.

Gajah perlu sentiada makan kerana haiwan ini tidak dapat menghadamkan makanan dengan sempurna. Ini kerana gajah hanya mampu mencerna dan menyerap 44% daripada makanannya menjadi sumber nutrien. Selebihnya dibuang sebagai najis. | Elephant has to keep feeding because the animal does not digest food effectively. Only 44% of the food are digested and absorbed in nutrient in their body. The rest are excreted as droppings.

MENU HARIAN GAJAH:
Pagi : Palet
Tengahari : Betik, tumbuhan, lobak merah dan tebu
Malam : Campuran rumput, batang pisang dan buahbuahan

Setiap hari, pusat ini menghidangkan RM100 untuk makanan seekor gajah.

ELEPHANT’S DAILY MENU:
Breakfast : Pallet
Lunch : Papaya, plants, carrot and sugarcane
Dinner : A mix of grass, banana stems and fruits

Everyday, the center serves RM100 for an elephant meal.

Konservasi Gajah| Elephant Conservation pt. 7

Konservasi Gajah| Elephant Conservation pt. 7

SEGAJAH

Walaupun ekor gajah merupakan anggota luar badan gajah yang terkecil tetapi peranannya juga penting untuk keselesaan gajah. | Although elephant tails are the smallest elephant members but their role is also important for elephant comfort.

Ekor gajah digunakan untuk menghalau serangga sepertimana kita menggunakan alat penghalau lalat. Lalat mampu untuk bertelur di bwah kulit gajah dan ini menyebabkan gajah berasa tidak selesa. Cubalah kita bayangkan bagaimana sukarnya hidup gajah tanpa ekor. Inilah masalah besar yang dihadapi oleh seekor gajah bernama Sanum, di pusat konservasi ini. Gajah malang ini kehilangan ekor selepas diserang oleh harimau di hutan. Gajah yang tercedera ini diselamatkan dan dibawa ke sini untuk menerima rawatan. Memandangkan ia tiada ekor, bolehkah kita memanggil sebgai “ segajah”. | The tails is perhaps the tiniest part of the elephant’s outer body but has important roles in making the elepthant’s life much easier. The elephants uses its tail to whisk away pesky insects just as like we use the fly swatter. Some flies are able to lay eggs beneath the elephant’s skin, thus irritating the big animal Now, imagine how hard life can be if an elephants had no tail. This is exactlythe hardship faced by an elephant nicknamed sanum at this conservation centre. That poor elephant lost its tail after being attacked by a tiger. The wounded elephantwas then rescued and treated at this centre.

TAHUKAH ANDA? | DO YOU KNOW?

Berat ekor gajah sahaja boleh mencecah 10 kg iaitu sama beratnya dengan sebuah basikal. | A typical elephant tail can weight 10 kg or about the sameweight os a bicycle.

Konservasi Gajah| Elephant Conservation pt. 6

Konservasi Gajah| Elephant Conservation pt. 6

BANYAK MINUM | HEAVY DRINKER

Di pusat konservasi ini, sekumpulan gajah akan dapat ditemui berhampiran sungai atau kawasan berair. Tahukan anda kenapa? | At this conservation centre, a herd of elephant will always be seen roaming around a river or water body. Do you know why?

Gajah tidak boleh hidup lebih daripada 24 jam tanpa air. Bentuk badan gajah yang besar menyebabkan ia memerlukan kuantiti air minum yang banyak iaitu 100 liter hingga 150 liter sehari. Ini menyamai minuman untuk 75 orang sehari. | The elephant cannot survive for more than 24 hours without water. Because of its heavy built, the elephant need to drink 100 litres to 150 litres of water daily. This consumption rate is about what 75 human need to drink every day.

Konservasi Gajah| Elephant Conservation pt. 5

Konservasi Gajah| Elephant Conservation pt. 5

PEMINDAHAN GAJAH | TRANS-LOCATING ELEPHANT

KENAPA DAN BAGAIMANA?
| WHY AND HOW?

  • Permindahan bermaksud satu proses di mana gajah liar yang ditangkap akan dipindahkan ke habitat baharu. Ini biasanya adalah hutan luas serta jauh dari penempatan manusia. | Trans-locating means a process by which a captured wild elephants is transferred to a new and safer habitat. The new habitat is normally a large tract of forest such as national parks and away from human settlements.
  • Ketika proses ini dilakukan tindakan berjaga jaga diambil untuk keselamatan mereka yang terlibat dan juga haiwan-haiwan. | During the process, precautionary step are taken to ensure the safety of all involve – the staffs and the animals too.

Tahukah anda?
| Did you know?

Unit Pengurusan Gajah bermula hanya dengan 4 ekor gajah yang diimport dari Assam, India. Gajah ini dinamakan Ganesh, Paul Bahadur , Lokimala dan Bahadur. | The ‘Elephants Relocation Unit’ was started with 4 elephants which were imported from Assam, India. These were Ganesh,Paul Bahadur, Lokimala Bahadur.

Gajah di Kuala Gandah

GAJAH DI KUALA GANDAH 

Untuk mengenali gajah di Kuala Gandah, kita kenali dulu asal gajah. Gajah moden (Gajah Afrika Dan Asia) sebenarnya tidak berevolusi daripada gajah mamot. Haiwan ini dianggap sebagai tiga spesis yang berbeza tetapi sama keturunan.

Mamot, gajah Asia dan gajah Afrika berasal daripada keluarga “Elephantidae” yang bermaksud “keluarga gajah”. Mamot boleh diumpamakan seperti gergasi yang mencapai ketinggian 4.8m pada bahu mereka berbanding gajah Asia yang berketinggian antara 2.4m hingga 3m sahaja seperti yang kita lihat di pusat konservasi ini.

Sungguhpun mamot telah pupus, kita masih boleh memerhati dan belajar mengenai mereka melalui fosil yang ditemui di serata dunia. Apakah punca kepupusan mamot? Ia berlaku akibat perubahan cuaca secara mendadak yang telah mengurangkan bekalan makanan haiwan ini dan juga aktiviti pemburuan melampau yang dilakukan oleh manusia.

Tahukah anda?

Bukan semua mamot mempunyai badan yang diselaputi bulu. Mamot ‘berbulu’ adalah salah satu daripada banyak sub-spesis mamot di dunia.

Gajah asia dikatakan mempunyai perkaitan yang kuat dengan mamot berbanding gajah Afrika berdasarkan kepada struktur gigi dan juga bukti DNA.

Berkenalan Dengan Gajah

Gajah Kuala Gandah

Satu-satunya tempat yang menyediakan pusat perlindungan dan konservasi gajah di Malaysia adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Pahang. Pusat ini menempatkan gajah-gajah yang datang dari pelbagai latar belakang dan situasi. Contohnya, ada gajah yang diselamatkan dari kecedaraan dan ada yang dipindahkan supaya dapat hidup dengan lebih selamat dari ancaman. Gajah-gajah yang terperangkap dari negara-negara Asia Tenggara juga dipindahkan ke sini bagi memelihara spesies mereka.

Gajah juga dikenali sebagai “abang long” hutan. Saiznya yang besar dan tinggi serta tabiatnya mampu mempengaruhi perubahan persekitaran.

Generasi kini agak sukar untuk bertemu dengan gajah ini kerana aktiviti pembangunan dan penghutanan yang kian pesat, mengancam tempat tinggal mereka. Harapan untuk bertemu dengan gajah-gajah dari seluruh Asia Tenggara ini hanya terdapat di Pusat konservasi ini.

Untuk ke sini, anda hanya mengambil masa 2 jam sahaja perjalanan dari Kuala Lumpur. Lokasi pusat ini terletak berhampiran dengan Lanchang di Negeri Pahang. Pusat ini mula dibuka pada jam 8.00 pagi sehingga jam 4.00 petang setiap hari. Hanya gunakan Waze dan masukkan kata kunci “gajah kuala gandah”, akan keluar pilihan yang akan membawa anda ke sini.

Atau alamat penuhnya : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Kuala Gandah 28500 Lanchang, Pahang.

Aktiviti-aktiviti Bersama Gajah di Kuala Gandah

1. Anda berpeluang untuk menonton persembahan video dokumentari yang menunjukkan segala usaha yang dilakukan dalam menempatkan semula gajah-gajah ke pusat ini.

2. Melihat gajah bergerak bebas dan memberi mereka makan.

3. Pengunjung boleh mengambil gambar bersama dengan gajah sambil mendengar pegawai Perhilitan memberikan penjelasan.

4. Memandikan anak-anak gajah di sungai. Aktiviti ini bergantung kepada paras air sungai dan juga cuaca ketika itu.

5. Melihat gajah-gajah muda beraktiviti sambil memberi makan mereka.

Walaubagaimanapun, anda tidak dibenarkan untuk menunggang gajah. Tetapi, anda boleh menyentuh mereka,  membelai dan memberi mereka makan.

Bantuan Dana Dialukan

Kos untuk menyara seekor gajah tidak termasuk ubat-ubatan adalah sekitar RM100 sehari. Jika anda ingin membantu turut-serta dalam usaha murni yang sedang dijalankan oleh Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini, adalah sangat dialu-alukan.

Lihat lokasi gajah ini disini

National Elephant Conservation Centre Kuala Gandah NECC Kuala Gandah, Lanchang, Pahang, 28500, Lanchang, Pahang

8 Tip Pancing Ikan Kelah

Ikan Kelah bagaikan raja air tawar. Aktiviti memancing di Sungai Tahan, Taman Negara Pahang mula dibenarkan sejak Mei 2018. Setiap minggu, hanya hari Rabu dan Khamis sahaja aktiviti memancing ini dibuka kepada kaki pancing bersama syarat-syarat tertentu. Kawasan yang dibenarkan untuk memancing bermula dari Kuala Tahan sehingga Jeram Bahala, Sungai Tahan.

Antara target utama kaki pancing dalam aktiviti memancing ini adalah untuk mendaratkan raja si air tawar yang lasak, liar dan licik ini. Ikan kelah ini menjadi idaman para pemancing kerana ia umpama suatu kepuasan emas jika sesiapa berjaya menawannya.

Selain dari isinya yang sedap, sisiknya yang boleh dimakan, harganya boleh mencecah RM250 hingga RM300 sekilo. Bermakna, seekor ikan kelah mampu mencecah harga RM1,000 dan ke atas.

Ikan ini juga bijak dalam pengamatannnya terhadap persekitaran sekeliling. Mereka juga sangat sensitif dengan kehadiran manusia. Oleh itu, untuk menawan raja air tawar ini, kami kongsikan beberapa tip asas yang anda boleh praktikkan ketika anda memancing di Sungai Tahan ini.

Tip-tip Pancing Ikan Kelah

1. Jika anda datang dalam jumlah yang ramai, pastikan anda duduk tidak lebih dari 3 orang bagi setiap lubuk yang dipilih.

2. Minimumkan pergerakan dan jika ingin berbual, berbisik lebih memadai.

3. Pastikan persekitaran sangat senyap dari suara-suara manusia.

4. Gunakan umpan yang diperbuat daripada sawit yang dimasak atau yang diperam. Sawit peram ini dihasilkan dengan merendamnya di dalam air selama 2 minggu sehingga ia mengeluarkan bau dan sedikit berminyak. Umpan ini bertujuan untuk menarik ikan kelah ke arah pancing anda.

5. Sawit masak pula digunakan dengan cara menghirisnya dan diletakkan dicangkukkan pada mata kail. Anda juga boleh mencangkukkan sebiji sawit ini dan dicangkukkan pada 2 atau 3 mata kail.

6. Peralatan memancing anda perlulah sesuai untuk menewaskan ikan kelah apabila umpan dimakan. Ini kerana, ikan kelah sangat tangkas melepaskan diri.

7. Elakkan memakai baju berwarna terang.

8. Elakkan berendam kaki atau mandi kerana mereka sensitif dengan kehadiran manusia.

Aktiviti memancing di sini hanya dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang sahaja.

Gajah, Kulitnya Kasar Tetapi Sensitif

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang menyediakan ruang dan peluang untuk orang ramai mengenali gajah dengan lebih dekat. Pusat ini menyelamatkan gajah yang cedera, memelihara dan memulihara spesies gajah yang semakin menyusut saban tahun.

Jumlah gajah di Semenanjung Malaysia kini berada di sekitar 1,000 hingga 1,100 ekor sahaja. Bilangan yang semakin terancam ini adalah disebabkan oleh aktiviti perburuan untuk meraih keuntungan besar dalam pasaran gelap dunia. Gajah di seluruh dunia diburu dan dibunuh bagi mendapatkan gading, tulang, dan dagingnya. Gadingnya sering digunakan untuk membuat barang kemas wanita, alat muzik, cap dan sebagainya.

Inisiatif Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini dibuka sejak tahun 1989 adalah bagi melindungi dan memulihara gajah-gajah ini. Selain itu, pusat ini berterusan berusaha untuk mendidik dan menyebarkan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan peranan setiap individu dalam melindungi spesies gajah ini dari pupus.

Dengan itu, mereka membuka peluang kepada orang awam tidak kira sama ada rakyat Malaysia atau dari luar negara, untuk mendekati gajah-gajah ini dengan lebih dekat. Di sini pengunjung dapat memerhati tabiat gajah, bermesra dengan mereka, memberi makan dan belajar menyayangi mereka.

Di sini kami kongsikan beberapa fakta menarik tentang kulit gajah.

Kulit Kasar Tetapi Sensitif

Kebanyakkan bahagian badan gajah diselaputi kulit setebal 2.50cm berbanding kulit manusia yang hanya setebal 0.17cm.

•  Tetapi bahagian dalam telinga gajah, sekitar mulut, dan duburnya mempunyai kulit hanya setebal sehelai kertas! Kulit senipis ini penting bagi membolehkan gajah mengawal atur suhu badan mereka. Darah panas akan dialirkan ke telinga untuk disejukkan dengan bantuan jaringan pembuluh darah yang luas pada telinga mereka.

•  Ini samalah fungsinya seperti radiator kereta kita.

•  Selain itu, telinga yang dikibaskan akan menghasilkan angin yang nyaman, sama seperti kipas tangan yang kita gunakan.

• Mereka melindungi kulitnya yang sensitif dari sinaran ultraungu dengan berkubang di dalam lumpur dan melulurkannya ke badannya. Jika rutin ini tidak dilakukan dengan tetap, akan mengakibatkan kulit yang lebih sensitif, mudah rosak dan mudah diserang serangga.

• Gajah menjadikan debu yang disemburkan ke badannya sebagai kerak pelindung apabila ia kering.

• Kulit gajah Asia adakalanya menunjukkan depigmentasi di kawasan dahi, telinga dan kawasan kulit di sekitarnya.

• Kemampuan gajah untuk mengeluarkan haba panas daripada kulitnya adalah sedikit sukar kerana nisbah luas permukaan kulit terhadap isipadu tubuhnya yang jauh lebih rendah daripada manusia.

Tahukah Anda?

Gajah Afrika mempunyai telinga yang besarnya tiga kali ganda daripada gajah Asia. Ini kerana mereka memerlukan ‘radiator’ yang lebih besar untuk menyejukkan badan.

Anda ingin merasa tekstur kulit mereka sendiri? Anda ingin melihat keunikan kulit mereka dengan lebih dekat?

Datanglah ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah bersama-sama dengan ahli keluarga atau rakan-rakan anda untuk cipta pengalaman baru bersama gajah-gajah kita!